Walaupun aku pernah berkata tak mahu bersalin di situ lagi.. tapi akhirnya aku mengalah dan telah beranak di situ gak! hahaha tu la sombong sgt.. sebenarnya aku x ingat sgt apa kes yg buat aku xnak gi situ. sudahnya ke situ gakkk.. poyo kan??
Anyway, just wanna make it short for this entry. masa aku bersalin tu ward full house ok. time aku nak bersalin tu pon ada 2 orang lagi jugak nak bersalin. aku sampai dulu tapi aku yg last sekali bersalin. huhuhu
Maigaddd sakit rupanya nak bersalin. aku tak pernah rasa sakit nak bersalin. masa bersalin Lais dulu xdok rasa apa sgt. sakit jahit je. tu pon idak ler sakit. kali ni mmg rasa lah sakit.. rasakannnn
masa last time aku bersalin. best sebab dilayan bak VIP. siap tolong mandikan semua. malu haku
tapi kali ni nan hadooo. dulu ada lah gak dorg hantar milo panas pepagi sebab kat umra kat excluded meals. ni apa pon takde lah.
masa aku dtg tu bilik dah full tinggal suite room je. single room je idak suite mana sgt. tp luas & selesa la. anak aku seronok la lari sana sini dlm bilik tu
aku check in ward kol 12 tgh malam kot. aku bersalin kol 2.06 pagi. masa tu mama abah mak mertua pak mertua aku semua takde. abah ngan mama aku balik kluang sbb mak long aku meninggal sehari sebelum tu.
mak pak mertua aku gi cuti2 di PD. tinggal lah kami 3 beranak. nak taknak kena bawak lais duduk ward sama.
alkisahnya masa aku nak terberanak sgt dah tu, kitorang tinggalkan je Lais sorang2 dalam bilik. nasib baik la dia tido. kalu tak husband aku xleh ikut sama masuk labor room. aku kalu dia takde mau xleh nak beranak. sbb sakit teramat dia je leh tenang kan aku. dah la doctor yg menyambut tu garang. tp bagus gak garang. cepat keluar anak aku.. 10 minit je dalam labor room tu huhuhu . Lais bangun tau2 dah ada adik dah.. hehehe
oklah kalau nak bersalin kat sini sbb kos dia agak berpatutan. bil aku hari tu lagi rm3 nak rm2K
murah la kan.. bilik single lak lagi.. termasuk kos vacum baby.. anak aku kena vacum sbb aku xleh nak push dah.. sebelum tu aku dah tarik selimut nak tido dah sementara tunggu masa nak bersalin.. mmg dah ngantok letih.. x sangka lak dah nak terberanak.. huhuhu
yg x bestnya kat umra sbb dia xda sediakan makanan.. adalah nurse tu dtg offer belikan makanan. tp dia kata bukan makanan pantang pon. beli kat kedai tepi tu jelah kot. baik xyah. apa salahnya amek catering ke. ward selalu penuh kot. akak cleaner kat situ sempat bergosip ngan aku.. dia terkejut sbb bilik aku dok tu dia baru kemas sebelum dia balik. paginya datang dah ada org masuk.. aku ler tu.. dia kata kaya diorang tu orang datang beranak tak putus2.. huhuhu
kalau nak buat checkup pon bercinta tunggu lama.. dah mcm gi KK je.. mmg aku gi KK je bawak anak aku checkup semua. lagi cepat kot kat KK seksyen 19 tu.. kerusi pon banyak boleh duduk. so far ok laaa.. free je pon.. Lais dulu pon free je cucuk semua walaupon x gi KK. sbb insurance husband aku cover. kali ni saja la nak test checkup kat KK plak
kalau korang nak bersalin kat UMRA rasanya ok je. kat situ pon semua nya pakar. doctor pon baik2. kecuali ada sorang doctor foreigner nama Iman kot.. entah. cam harem jee.. yg lain semua so far baik2 je.
masa aku check up dgn dr. Ummu tu dia kata jumpa lagi untuk anak ketiga. aku gelak je dalam hati I DONT THINK SO! hahaha
oh yaa aku x inroduce lagi anak aku.. nanti lah. anak aku dah nak masuk 2 bulan dah.. nanti aku buat entri khas untuk anak kedua aku. bila xtau la. cuba merajin kan diri utk selalu update blog
bersalin di UMRA Yay or Nay??? jawapan aku Yay! tapi untuk korang yg x cerewet dan jenis x kesah sgt oklah kut. asal selamat beranak n nak cepat balik je. sbb servis mmg dorang kena perbaiki lagi. and besarkan lagi hospital dorang tu. tapi harga dah naik. last time aku kena rm1200 lebey je.. skang dah rm2000. jarak masa 3 tahun lebey je pon.. huhuhu
oklah thank u sebab sudi baca dan thank u for your time. jumpa lagi!
Thursday, April 17, 2014
Monday, March 31, 2014
Cerita pantang saya
Hai salam semua,
Takda angin takda berita tau2 dah tengah berpantang. Ya aku mmg agak berahsia tentang 2nd pregnancy aku tempohari. Ramai juga kwn2 yg xtau aku pregnant. Aku malas nak overexcited.. yelah anak kedua. Kalau anak 1st haruslah excited x hengat. Sikit2 up status fb.. skit2 up gambo kat ig.. kali ni aku memilih jalan bersederhana.. hehehe
Masuk hari ni dah 16 hari aku berpantang. Kali ni aku berpantang dgn mak mertua aku. Cool kan?? Sbb aku nak dekat ngan husband. At least husband aku leh tolong2 jugak. Kalau aku pantang kt cheras mau terkapai2 jugak aku. Nak jaga sekali 2 org. Yg sorang nak tido berdukung, yg sorang nak tido gentel rambut aku.. aihhhh mau nya tak stress.. huhu
So far berpantang dgn mak mertua aku best je.. dia pon xde strict sgt. Cuma bab makan dia jaga juga lah. Xde la aku makan sebarangan. Selalu peringatkan pakai bengkung. Seb baik aku mmg rajin pakai bengkung ikat2 tu. Dah 2 minggu ni perut aku dah slim skit laaa.. cuma nak kena trim sikit lagi sbb kalau duduk still ada spare tyre. Aku nak flat tummy mcm dulu balik!
Untuk berpantang ni aku xda beli set bersalin. Aku beli loose item. Sbb aku kenal sgt diri sendiri ni yg x berapa nak rajin + mengikut pengalaman lalu... jadi aku beli yg aku nak pakai je.. yg aku rasa aku x kan pakai aku x de beli.
Jamu aku cuma beli Jamu Mak Dara Gold (kapsul) je. Xyah la berjamu byk2 kan..
Untuk milk booster konon2nya aku beli shaklee Esp dengan Alfalfa.. aku pon x berapa nak sure betul2 bagi byk susu ke tak..
3 benda ni jelah yg aku consumed tapi skang ni aku stop semua. Sbb kuning anak aku x baik lagi. Jadi aku terpaksa korbankan diri sendiri. Xpelah janji anak kita sehat kan. Anak sehat, kita pon sehat. Tu ler konsepnya.. huhu
Skang ni aku cuma gunakan ubat untuk luaran saja. Hanya pakai lotion tapel, param & pilis dari Sariayu. Nanti aku buat review psl set sari ayu ni. Selain dari lotion sari ayu, aku ada guna jugak minyak herbanika NR dgn param pilis mak dara. Minyak herbanika NR mmg best gilos. Panas je badan bila lepas sapu. Mmg syiok. Param pilis mak dara tu x best langsung. Tak panas pon. Mcm bedak sejuk je. Sebenarnya yg ni husband aku salah beli. Aku soh dia beli lotion pilis mak dara. Tapi dia gi beli yg ala2 bedak sejuk ni. Soh orang laki beli gitu la.
sebulan je aku berpantang ngan mak mertua aku. pastu aku pantang sendiri je. klu dah pantang sendiri tu pepaham jelahhhh hehehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)