Assalamualaikum semua,
Kali ni taknak cerita pasal baju. Kita cerita hal kecantikan pula. Rasanya semua pon dah tau kebaikan dan keberkesanan AuraWhite kan.. Siapa sini dah try amalkan?? Saya!! Hehehe..
Sebelum saya mulakan cerita nak kasi peringat saya takda jual produk ni tau. Saya cuma pengguna saja. Kalau berminat nak beli boleh google saja ramai yg jual online.. Macam2 free gift dapat.. Tapi saya beli kat kedai je sbb jenis x sabar nak terus2 minum.. Huhu
Pada mulanya masa awal2 minum tu.. Kawan la tanya produk AuraWhite ni ok tak.. Well saya ni mmg jenis org yg x menjaga kecantikkan sgt.. So x berapa nak tau benda2 gini.. Tp memandangkan umur dah hampir mencecah 3 series.. Haruslah segera bertindak kan.. Lagi2 plak dah kahwin ni.. Off course kena selalu cantik utk suami kan (Luv u walid..hehe)
So saya pon puas google la nak tau psl produk aurawhite. Rata2 mmg bagi good feedback. Jadi tak salah utk mencuba. Lagipon kandungan dia semua bahan yg elok2. Memandangkan saya ni bukan pemakan sayur, bukan pemakan buah dan juga bukan pemakan makanan yg sihat, maka saya kenalah minum atau makan something yg boleh beri khasiat yg saya x cukup tu. tak payahla saya tulis kat sini ye psl khasiatnya dan kandungannya.. korang google jelah.. hehehe
tapi pada masa tu harga RM150 sebotol utk 400gm + free shaker + free masker tu agak rasa nak tercekik jugalah kan.. Tapi gagahkan diri jugak. Alhamdulillah masa tu dpt harga RM140 je. Excited balik tu terus minum. Suami saya dpt tau yg saya minum aurawhite, dia pon nak jugak minum. Pastu satu botol tu habis dlm masa seminggu je.. Huhuhu sbb dua2 pon obses nak cantik & putih.. Haha! Poyo!
Lepas dah habis tu keluar pulak produk baru dari syarikat lain iaitu Fer White dgn harga yg lebih murah iaitu RM95 sebotol. Kami pon beli la sbb murah sikit dan rasanya khasiat lebih kurang je. Masa beli tu dpt harga RM80 sebotol. Suami saya belikan 2 botol terus.. Huhu semangat giler.. dapat la 2 free shaker. xda dpt free masker.
suami suka Aura White sebab sedap, tapi harganya mahal la pulak. Fer White murah banyak tapi dia x minat pulak.
Alhamdulillah
skang ni Aura White dah keluarkan botol besar dgn harga RM150 jugak.
Lebih banyak isi kandungan 900,000 mg dan lebih banyak penjimatan. Beli
kat kedai biasa tu RM140 sebotol besar tu dpt free shaker & free
masker.
So sekarang mmg consume AuraWhite sbb suami saya suka rasanya lagi sedap dan manis sikit. Layan kan jelah sbb mmg ada nampak perubahan sedikit sebanyak. Nak kata dah putih melepak tu rasanya belum la.. Huhu
Alhamdulillah tumit kaki saya yg pecah2 dan kering dah beransur pulih. Kaki suami saya dulu ada macam tumbuh gatal2 pastu nnt dia jadi kering dan mengelupas. Alhamdulillah dah takda lagi kulit kering tu. cuma dah jadi parut saja. Kalau tak dulu lama tak hilang2. Tu yg dia rasa happy tu.
Setakat ni setelah 1 bulan consumed minuman berkolagen ni perubahan hanya nampak lebih kat bahagian kaki.. Mungkin ianya merawat dari bawah dlu kot. Lagipon kami baru je jugak minumkan.. itu pon pulun 2 kali sehari.. 2 kali X 2 orang = 4 kali X 2 scoops = 8 scoops sehari! manalah x cepat habis.. hehehe
Insyaa Allah Hopefully lepas ni nampak lagi perubahan yg lebih banyak.. Ohh ya jerawat pon mengecut dan dah kurang sikit.. Tp merah2, scar & pores masih belum terawat. Xpelah Insyaa Allah nanti clear la semua tu
hehehe mesti dia marah letak gambo ni.. nasib laaa.. |
Kalau beli online lagi untung.. Mcm2 free gift dapat.. ada yg sampai 15 free gift pon ada..Sabun beras la.. Free 2-3 masker la.. So pasni nak try beli online plak.. Hehe
Nanti dah masuk bulan ke 3 consumed saya akan buat second entry pulak.. Nak tgk apa lagi perubahan yg dah berjaya dilakukan..
Ok sampai sini saja. Alhamdulillah Terima kasih kerana sudi baca entri saya yg panjang lebar ni. Saya cuma nak kongsikan apa yg saya rasa bagus dan patut dikongsi. Takkan nak cantik sengsorang je kan.. Huhu jumpa lagi di entri akan datang.
sebelum tu nak perkenalkan duta baru AuraWhite
"
Kalau nak putih gebu macam saya minumlah Aura White ni.. saya dari
lahir lagi dah memang putih. Bila minum Aura White ni saya bertambah2
putih.." - Lais Al Fateh
Assalamualaikum wbt
No comments:
Post a Comment