Pages

Happy Heart > Happy Soul > Happy Mind > Happy Love > Happy Life

Tuesday, June 25, 2013

Jerebu di Malaysia

Assalamualaikum semua,

seperti yang semua sedia maklum.. negara kita sekarang sedang dilanda jerebu yang boleh tahan teruknya..
bagi saya ini adalah bencana kecil yg Allah turunkan untuk kita semua..
tak kiralah syarikat dari mana yang mengakibatkan kebakaran di hutan dan tanah gambut sumatera tu
Kalau Allah tak izinkan.. semua ni takkan berlaku kan??
Jadinya kita terima sajalah bencana ini dengan hati terbuka
mungkin ini juga sebagai friendly reminder supaya lebih menyayangi dan menjaga bumi milik Maha Pencipta
*ini hanya pendapat peribadi saya saja ya. peace =)

Jerebu ni saya kira sebagai rahmat dari Allah. iaitu ujian kesusahan.
seperti hujan. 

seriously sangat susah bila musim hujan. susah nak lakukan aktiviti luar, jemur kain pon tak kering2, peniaga jalanan pon tak boleh nak dapat banyak sale dan macam2 lagi lah

sama jugak mcm jerebu ni. sangat memberi kesan pada saya ni sebab jadual kerja saya dah tersangkut
saya tak dapat nak keluar rumah. jadual kerja saya semua dah lari dan lintang pukang
sebabnya saya ada anak kecil yang harus dibawa ke hulur hilir.. i have no choice =( 
jadi tak sampai hati dan x sanggup rasanya nak merisiko kan kesihatan anak saya
kalau saya sorang je InsyaaAllah boleh bertahan.

Sesetengah parents beruntung sebab takyah susah payah nak fikir anak nak letak mana
ada pengasuh, taska, atok nenek, makcik pakcik yang boleh tengokkan anak-anak
tapi saya tak la.. saya kena uruskan anak sendiri dari A-Z
mmg takda hal dah anak sendiri tentu2 lah kena jaga sendiri
cuma saya kesian bila part saya nak kerja tapi kena bawak dia sekali
kecik lagi dah bergelumang dengan kain & baju
kena tunggu saya check kain dengan supplier
kena tunggu saya discuss ngan tailor
kena beratur sama2 kat kaunter Pos Laju sebab nak pos parcel customer
sekali hantar biasa 20 parcel ke atas.. mmg lama la nak menunggu kan...




Kesian nya Ahmad Lais..
sepatutnya di waktu umur 2 tahun 7 bulan mcm tu kerjanya hanya main main main..
tapi skang dia pon dah buat kerja cam umi dia.. huhuhu
ini yang membuatkan saya nak bekerja lebih kuat dan menggandakan usaha saya
supaya saya boleh beri keselesaan dan kesenangan hidup untuk family dan anak2 saya. Insya Allah
Semoga Allah perkenan kan cita2 saya ini =)

Hopefully esok dah tak jerebu. sebab suka ataupun tidak saya harus jugak keluar rumah untuk bekerja!
Alhamdulillah tadi husband dah belikan face mask
so esok kami akan keluar dgn memakai face mask la


sebenarnya saya tak suka sgt pakai benda alah ni
rasa cam xleh nak bernafas..
bila keadaan mcm ni rasa kan bagus kalau ada Niqab
huhuhu

Dah tempah dah fancy niqab dengan Mira, owner House Of Jazaba



cantikkan?? so lepas ni para Niqabis dah ada pilihan lain selain dari warna Hitam saja
fancy niqab ni boleh dipadan kan dengan tudung warna apa2 pon
memang nampak fancy dan confirm org akan pandang anda
alah kalau pakai niqab biasa hitam tu pon orang pandang juga
pandang pon takpe sebab telah dikaver oleh niqab =)

InsyaaAllah lepas ni lebih ramai yang nak ber Niqab
sama seperti berhijab. lepas macam2 fashion hijab keluar.. ramai sangat yang dah bertudung
cuma caranya betul atau tidak sajalah
hehehe.. Maaf saya tak berani nak komen apa-apa
saya sendiri pon belum sempurna dan tak mungkin akan sempurna



Saya sendiri pon belum lagi ber Niqab tapi saya minat sangat2 dengan niqab
walaupon ianya bukan wajib. tapi saya taknak lah pakai terlalu awal atau pakai sebab suka2 je kan
sbb nanti org akan persoalkan eh hari tu pakai niqab ni dah bukak pulak
mcm buat kesalahan pulak walhal berniqab itu sunnah
bukan diwajibkan

ok i dah feeling2 cam wanita arab walupon hidung tak tercacak.. hahaha
Fancy Niqab tu saya buat utk kegunaan sendiri saja. taktau lagi samada nak dipasarkan atau tidak
saya kena rujuk juga pada yg ariff boleh ke buat fancy2 gitu kan
kang nnt ada yg kata saya perosak fesyen ke apa ke kan..
saya cuma nak pakai apa yg saya suka saja
and of course saya taknak nampak sama dengan org lain.. =P
fashion designer la katakan.. uweekkk poyo!
and i wont wear black everyday!

P/s harap2 jerebu dah hilang esok. berilah kesempatan buat hamba mu ini untuk keluar mencari rezeki =)

Wassalam

No comments: