Pages

Happy Heart > Happy Soul > Happy Mind > Happy Love > Happy Life

Saturday, September 7, 2013

Majlis Nikah, Khatam Al-Quran dan Cukur Jambul



Alhamdulillah adik ipar aku merangkap adik pompuan kepada suami aku dah selamat bernikah pada 31/8 tempoh hari. Tahniah kepada kedua pengantin. Semoga berbahagia sehingga ke syurga =)



Sebelum majlis nikah, pada hari yg sama juga telah di adakan terlebih dahulu majlis khatam al-quran dan cukur jambul.
cukur jambul baby sufi merangkap anak buah pengantin
(jangan korang ingat cukur jambul anak pengantin plak.. mengundang namanya..)




Rasanya mekap tu ok cantik je kan.. tapi aku telah diminta untuk touch up semula mekap yg tukang mekap dah buat sebelum ni.. sebab katanya nampak daring n garang.. so aku pon touch up la tone down kan mekap tu.. permintaan dari pengantin dan ibu pengantin sendiri iaitu mak mertua den.. hehehe


Ini lah Nurrun Harithah Suffiyah yg di cukur jambulnya pada hari tu
tak sure betul ke tak eja namanya tu.. tapi sedap sangat namanya
budaknya pon baik & cool sangat.. takde nak nangis x tentu pasal.. nangis bila perlu saja
bila tgk org bercakap mesti dia senyum2.. suka sangat tgk dia
sangat2 relax budaknya
sayang sgt sufi mak ngah niii



The Proud Father & Mother of 3 Princesses
Along & Kak Long aku ada 3 orang Puteri
Yang kecik comel putih melepak tu nama nya Asyiqin
sebaya ngan anak aku nak masuk 3 tahun
Yang baju biru belakang tu excited tak sabo nak ada baby.. haha ye kee??



Yang ni puteri sulung mereka namanya Ameera
budak ni x padan kerja nya nak melawo saja.. 
tapi biasa la budak pompuan 



Nenek mencukur jambul Sufi



Giliran Atok pulak cukur jambul Sufi



Satu-satunya cucu lelaki atok & nenek buat masa skang ni iaitu Ahmad Lais
tapi dia yg paling kuat sentap & mengada.. adoi pening kepala aku



Baju melayu lengan pendek dijahit khas utk budak laki yg kuat melasak
supaya dorang x rasa rimas dan berpeluh2
budak biasalah bukan mau duduk diam kan
ni pon pasal anak aku sorang ni fobia dengan baju melayu yg ada kolar tu
baru tunjuk je baju dah menjerit taknak 
terpaksalah soh tailor jahit baju baru untuk dia
haih macam2 anak bujang aku sorang ni
anak dara 3 org tu pon tak macam2 



dah macam nora danish plak aku tgk adik ipar aku sorang ni.. hehehe
skema lak rupa aku pakai tudung ala bawal gitu..



Akak Ipaq dan Adik Ipaq



Ok hero-hero pengantin dah turunn



3 down.. tinggal adik je sorang yang tinggal.. adik jangan kawen cepat sangat.. hehehe



Ini adalah hadiah hantaran dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan
handbag cap G itu mencurik perhatian ku.. huhuhu
hantaran pompuan ke laki lupo plak nak snap.. x sempat langsung

so far ni lah liputan aku untuk majlis istimewa adik ipar aku ni



Akhir bicara, Selamat Pengantin Baru buat Erna & Ikhwan
Ikhwan jaga Ena baik2 ye! Dia mmg degil sikit tapi dia baik sopan santun hormat org tua cantik pulak tu pandai masak.. hehehe
semoga bahagia akhirat dan dunia. jangan lupa tanggungjawab masing2 =)
luv u both .. peace.. 

No comments: