Siapa yg tak teringin nak ada rumah sendiri kan?? Of course masing2 kalau ada umah sendiri dah berangan nak buat itu ini kat rumah
Untungnya kat sesapa yg sedar awal dan dah pon beli umah sendiri
Mcm aku ni mmg sgt lemah bab membina kehidupan dunia maka mmg xdelah umah sendiri nya
Untung jugak kat korang yg mak ayah bagi rumah, belikan rumah.. dah dapat umah free pastu beli umah lain plak sewakan kat org.. bagus kan?
Macam aku ni mmg xda nampak gaya nak dpt rumah free atau nampak bayang nak beli rumah sendiri. Sedih kan? Skang ni kami menyewa kat kondo yg aku x berapa berkenan sgt. Aku x suka rumah tinggi2 ni. Dulu masa zaman belajar2 dah puas dok tinggi2 ni. Bila dah ada anak nak dok umah ats tanah. Senang bukak je pintu umah terus masuk kereta. Skang ni nak kena turun lif bagai.. nak masuk kena ada access card.. pastu nak kena menapak kat kereta lagi.. hishh stress aku
tapi aku ada jugak buat perbandingan secara bodoh la.. aku rasa menyewa ni ada gak untungnya.. sbb kita just bayar duit sewa dan bil2 berkaitan saje. Klu umah tu kita punya berbagai jenis cukai gak kena bayo.
Cam tuan umah aku ni hutang ngan management rm15xx mcm tu. Pastu x silap cukai pintu kut rm7xx..dh dapat surat merah katanya nak sita umah ni. X pasai jekk kang aku x leh masuk umah.. huhu
Tu belum lagi kita bayar deposit beli rumah.. bayaran bulanan kat bank lagi.. harga rumah dah sekian2...interest bank lagi.. pastu bila nak masuk rumah ofkos nak kena renovate sikit sebanyak.. pasang tu pasang ni.. byk jugak belanja nak keluar tu
Kalau menyewa kita request jek nak grill nak kipas nak lampu.. biasa tu jelah benda basic kan.. klu dh ada kitchen cabinet siap tu kira bonus la dan ofkos juga harga sewa tinggi sikit
Cam aku yg poyo ni mmg dah set target nak beli landed house.. pastu semi d atau banglo saja.. alang2 membeli biar puas hati.. hahaha padahal belum mampu nak beli...
So target aku pon lambat lagi la kut sampai betul2 mampu
Aku pon xnak ikut ikutan org.. org beli umah.. kita nak beli jugak.. org pakai keta mahal kita pon nak keta mahai.. aku bersyukur dengan apa je yg kami ada sekarang :) insyaAllah kami akan upgrade life kami masa ke semasa.. demi anak2 kami.. hehehe yelah dah 4 thn kahwin.. 3thn bertiga.. tahun depan dah berempat pulak.. kalau tak buat sesuatu memang tak boleh la kan
Sekarang kos hidup pon makin tinggi.. paras gaji mcm tu gak.. cam aku meniaga sendiri lagi la xtau camna nasib kan.. serious risau mikirkan masa depan ni.
Semoga Allah swt berikan aku kekuatan untuk terus berjuang dan berjalan diatas muka bumi ini
Daripada kita dok sibuk nak ada rumah sendiri la apa la.. baik kita sibukkan tentang rumah yg jasad kita nak duduk selamanya sampai kiamat tiba.. dan sibuk2 kan lah mencari rumah di akhirat nanti.. kat belah mana kita nak duduk.. iskkk takuttttt.... serious klu pk bab tu.. mmg dah x heran dah psl rumah kat dunia ni.. kita pon bkn nak dok sini selamanya.. bila jasad expired kena panggil balik jugak. Takut tak?? Hehe
Tak salah nak kejar dunia. Tapi akhirat jgn dilupakan malah kena dilebihkan. Biarlah org hina kita pandang rendah kat kita sbb kat sini umah kita buruk, pakai kereta buruk.. kat sana nanti tersergam istana buat kita siap ada kuda putih terbang lagi.. hahaha kemain lagi berangan..
No comments:
Post a Comment