Selamat tahun baru 2014! Hel*yeah dah 2 minggu masuk tahun baru baru nak wish yee.. org dah xsemangat dah.. azam tahun baru pon dah dilupakan.. huhuhu
Awal tahun ni tak segempak tahun awal tahun lepas. Tahun lepas rezeki duit aku mencurah2 bagai tangki syabas bocor. Utk awal tahun ni paip bagai ditutup ketat2 tapi masih ada kebocoran kecil.. hehehe
Apa pun aku tetap bersyukur walaupun kelat nak ku telan jebat.
Oh ya, InsyaAllah lagi sebulan setengah aku bakal menyambut anak kedua kami. Adik kepada Ahmad Lais.
5/1/14 hari tu aku selamat menerima anak buah girl dari adik dan adik ipar aku. Muka sebijik ikut baba dia iaitu adik aku tu.
Tak lama lagi adik ipar aku iaitu adik kepada suami aku akan menyambung pelajaran ke peringkat Master di glasgow. Maybe dalam minggu ni la kot dia akan fly ke sana dgn husband beliau..best kannn..
Aku plak sedang pening nak kena kemas brg pindah rumah. Di saat2 menunggu masa ni pon nak kena pk psl pindah.. haih la nasib
Aku bkn nak merungut atau apa. Semua org ada masalah masing2. Semua org ada kebaikkan dan keistimewaan masing2.
Taktau lah setakat mana keikhlasan aku utk terus bersyukur dalam keadaan yg terus menerus dihimpit disepit dan tersepit.
Sangat susah tau tak utk kita terima keadaan yg kita x suka, xpernah mintak dan x pernah harap terjadi dalam hidup kita.
Bak kata org langit tidak sentiasa cerah. Tapi kita kena ingat langit juga tak selalu mendung dan awan juga tidak sentiasa menurunkan hujan..kadang2 langit akan munculkan pelangi ♥
Takpelah baru 2 minggu pertama di awal tahun.. ada banyak minggu lagi yg nak ditempuh. Aku doakan segala yg terbaik untuk diri aku, keluarga aku, dan juga mukminin dan mukminat. Aku harap yg terbaik tu benar2 perkara yg baik untuk kita semua. Ameen Ya Rabbal Al-amin
No comments:
Post a Comment