Bersedialah utk makan cake secara marathon!! Bulan november adalah
bulan paling banyak beli kek. Bukan ramai yg birthday bulan ni. Birthday
Lais sorang je tapi celebrate nya berkali2.
Masa 1st birthday kek sebijik je. Lola buatkan kek special utk lais gambar angrybird.
2nd birthday dua kali tiup lilin makna kata 2 bijik kek lah. Satu kek tiup kat cheras. Satu lagi kat shah alam.
3rd birthday 3 kali tiup lilin bersamaan 3 bijik kek semua utk dia
saja. 1 kek tiup umah lola. 1 kek tiup umah atok btr. 1 kek lagi tiup
rumah shah alam.
Ni 4th birthday tak tau lah berapa byk kek dia. Takkan 4 bijik pulak?! Pengsan!
Tadi dah beli sebijik kek angrybird nak hantar gi sekolah celebrate
dengan kawan2 esok. Wah 1st time anak mimi nak celebrate birthday
sendiri dgn kawan-kawan. Why do u grow up so fast
Actually kat sekolah dia ada deepavali dgn children’s day
celebration. Alang2 dah celebrate tu aku tanya la boleh ke nak bawak kek
utk sambut birthday. Teacher kata boleh aku pon terus la roger walid
dia. Balik kerja terus gi carik kek utk anak bujang yg sulung.
Siang tadi aku dah soping kat tesco utk buat party pack. Tak banyak
pilihan so apa adanya jelah. Lagipon tak sempat nak prepare cantik2.
Alah bebudak tu dpt je dikoyak kan je semua nak amek yg kat dalam tu..
Huhuhu alasan sebenarnya x sempat nak cari brg best2
Aku mmg ada plan nak sambut birthday lais kat sekolah. Tapi next
week. Sbb birthday lais pon 20hb. Hari ni baru 14hb. Tu yg jadi mcm
tangkap muat je.
Tapi lais nampak excited je nak pegi school jap lagi. Sbb aku dok ckp
nnt makan dgn kawan2 kat school tau. Beli kek pon xde ngamok nak suruh
potong sbb dah ckp nak bawak gi school.
Budak2 mmg azali nya seronok nak sambut birthday. Tak kira la
birthday sapa pon mesti dorang cam happy n excited. Aku je kot yg x
happy bila birthday sbb makin tua.. Sighhhh
Selekeh pulak rupa party pack ni.. Haha! Serious tu je yg termampu
sbb mmg x sempat. Tadi pon kitorang ada kat butik sampai kol 12 malam.
Sampai umah terus nak tidokan budak berdua ni. Mata pon dah berat..
Terima jelah hasil yg x seberapa. Next year umi buat cantik2 ye.. Hehe
Item dalam party pack tu semua pilihan lais lah. Aku nak amek yg
lain, dia nak yg tu gak. Ikut la birthday dia kan.. Aku tukang bayo jee
Aku tak ingat la masa aku kecik2 dulu ada ke party pack ni semua..
Pernah ke aku sambut birthday kat sekolah..mcm x pernah jee.. Huhuhu..
Sebab aku tak merasa la aku nak anak aku merasa semuanya..
Harap2 esok teacher akan send gambar lais sambut birthday byk2..
Sedih pula rasanya sebab anak dah besar… Ni baru 4 tahun.. Nanti tau2
dah masuk sekolah rendah.. Pastu habis sekolah masuk universiti pulak..
Pastu kerja.. Pastu kawen.. Huwaaaaaa
Sekian
No comments:
Post a Comment