Pages

Happy Heart > Happy Soul > Happy Mind > Happy Love > Happy Life

Friday, November 14, 2014

My 2nd Son

Baru aku terperasan. Aku asik tulis pasal Lais je. Pasal Aqib xda. Nanti org kata aku bias. Hehehe aku syg anak2 aku sama rata. Kena marah jerit pon dua2 kena gak. Nasib la kome dpt mak garang

IMG_0025.JPG

Ok ini dia Ahmad Aqib Arrasyid. My 2nd son. Ya memang tak sama muka mcm abang dia. Aqib berkulit gelap. Muka agak gangster & garang. Agak serious orangnya. Jarang senyum. Tapi sekali senyum comel je. Aqib ni aku rasa x berapa nak comel. Tp dia hensem.

IMG_0042.JPG

Apa yg aku perasan dia ni mcm pemalu sikit org nya. Kalau org usik2 dia senyum pastu tunduk pandang bawah. Malu la pulok.

IMG_0066.JPG

Sweet kan dua beradik ni. Aku rasa dorang akan jadi sangat rapat bila besar nanti. Sekarang ni pon aku nampak yg Lais mmg syg kan adik dia. Walaupon dia suka kacau2 tu biasalah. Tali pusat diorang aku letakkan sekali dalam satu uncang.
Mula2 aku genggan dua2 tali pusat dorang pastu aku baca Al-Fatihah. Kalau korang buat, mesti korang akan rasa getaran/vibration/energy yg kuat.
Lepas tu aku berniat. Aku tak ingat exactly apa yg aku niatkan. Tapi aku mohon pada Allah supaya mereka dua beradik ni akan rapat, baik, sayang menyayangi dan jaga antara satu sama lain. Lebih kurang mcm tu la. Pastu aku letakkan dua2 tali pusat tu dlm satu uncang dan kemudian simpan. Tp skang aku pon x igt kat mana aku simpan uncang tu.. Hehehe
Cerita pasal tali pusat.. Alhamdulillah yg best nya dua2 anak aku walid dia yg potongkan tali pusat dorang masa baru lepas lahir. Ala2 rasmi potong reben la.. Hehehe taktau kat hospital lain tapi anak aku dua2 lahir kat Hospital UMRA. Dorang mmg practise benda tu kot.

IMG_0310.JPG

Aqib baru nak masuk 9 bulan so takda benda sgt nak cerita pasal dia. Setakat ni dia dah praktis berdiri lepas tangan nak kuat kan kaki. Sikit lagi berjalan la budak tu. Tapi gigi takdak tumbuh lagi.


IMG_0237.JPG

Ni gambar Aqib dgn Hasya sepupu dorang. Tengok kemain sengih lagi aqib bila main sesama. Aqib ni bkn senang nak senyum.

IMG_0329.JPG

Ada yg kata Aqib ni ikut muka aku. Ada gak yg kata ikut muka walid. Kitorang pon confused sebenarnya anak2 kitorang ni ikut feature sapa. Sebab lain je rupanya dari kami. Tulah mak ayah x semenggah dpt anak hensem2. Bila jalan org dok pandang je. Dah la ada yg kata Lais tu anak angkat. Sentap mak meneran nak keluarkan dia.






Tak sabar pulak nak tunggu birhday aqib setahun bulan dua tahun depan. Besar dah anak2 umi.
Alfateh, Arrasyid, Alquddus, Assafa… Hehehe assafa tu yg tetiba masuk list.. Safra yg nak di Al kan jugak oleh Lais. Semua ada Al napa umi takde kan.. Tu yg jadi Assafa tu.. Boleh laaa janji masuk list.. Hehe
Sekian

No comments: