Pages

Happy Heart > Happy Soul > Happy Mind > Happy Love > Happy Life

Monday, September 16, 2013

Perempuan tak boleh Malas

Perempuan tak boleh malas.. lagi2 bab menjaga kecantikkan.. lagi2 plak suami/pasangan anda dah mula tunjuk tanda2 curang kecil.. dalam entri ni aku cita pasal suami la yek.. psl aku dah bersuami.. xkan nak cita pasal bf plak kan.. oppss ada ke?? hahaha

Alkisahnya wanita, isteri lebih2 lagi yang dah jadi ibu.. bila umur semakin meningkat.. beban kerja pon makin bertambah.. mesti dah xda masa nak berhias mencantikkan diri.. kalau org tegur "kau ni cuba cantik2 sikit" mesti kita jawab "alaa xpelah sapa nak tengok pon.. suami aku je" ingat suami kita tak kesah ke kalau kita comot2 selekeh... of course dia ckp "abang tak kesah" tapi pastu mata dok meliar tgk pompuan cun lain
lagi2 plak skang ni medium bersosial semakin terbuka dan luas dengan adanya facebook, twitter, whatsapp, wechat, bbm dan mcm2 lagi lah.. so scary u know. nak berkenalan dgn lelaki atau perempuan sangat lah mudah. semuanya hanya di hujung jari

jadi kita para isteri lebih2 lagi yg hanya duduk rumah tak keluar bersosial dan tak jumpa orang
macam aku ni lagi kerja kat rumah je.. what should we do??? kalau suami kita tu mmg jenis merenyam.. mmg xleh buat apa lah kan.. redha jelah kan.. tapi yg bahaya jenis muka baik.. konon2 tak layan pompuan..
tapi dia la yg paling suka melayan.. pantang ada org msg kat hp sikit.. menggalak je nak reply kan

pompuan pon ada je jenis yg menggalak n merenyam ni.. biasanya yg ada title J dan bini2 org yang tak sedar diri.. contoh mcm isu Adiputra yg berskandal dengan bini orang.. org gelar nama pompuan tu Aida KPOP sebab gambo2 semua mcm kanak2 riang padahal umur 30 dah.. siap bereben kat kepala.. sangat tak sesuai.. yg lagi best dia tu bini no 2 kepada lelaki tua umur 56 thn. so boleh pk sendiri lah kan kenapa si aida kpop tu nak menggatal ngan si adi. si adi tu plak lelaki. mana2 lelaki pon sama je. pakai serban berjubah bagai solat tak tinggal tp bila ada pompuan mula nak try.. dia pon mesti melayan punya. toksah ler tunjuk baik sgt

dalam isu dorang tu pon ramai juga salahkan bini Adi yg namanya Aida juga. kita panggil aida gebu la. asalnya dia mmg cantik comel kurus. dengar cerita kaya orgnya. Aida gebu ni tak jaga badan n tak jaga penampilan. dok pakai serkup ala2 snowcap tu. laki ko tu dah la selebriti idaman ramai. cuba lah pakai elok2 sikit. diet ke, pergi fitness centre ke. kalau nak bertudung, pakai betul2. kalau taknak, xyah pakai langsung. ramai jugak la yg mengutuk. tp ada kebenarannya kan. sebab lelaki mmg xleh nak buat apa. tengok primary photo cun sikit ala2 gambar ahli kumpulan kpop terus nak melayan. cuba kalau gambo makcik tua lagi gemuk. mahukah laki itu melayannya? fikir-fikirkan

dalam isu kehidupan kita pulak, hendaklah semuanya bersederhana. nak berhias bercantik pon jangan terlalu over nanti rupa dah mcm apa pulak kan. biar sweet2 sedap mata memandang. kalau org lain x pandang, biar kita yg pandang sendiri. kalau kita dah bercantik tapi suami buat dont know je. perlantakkan dia. kalau dia rasa dia je yg boleh nak menggatal. korang pon boleh gak. kdg2 laki ni kena diajar jugak. dia buat takpa. kita tak leh plak. eh banyak hensem muka dia.

tapi korang jgn pk aku nak ajar korang jd curang pulak. takda class la curang2 ni. very cheap u know
org yg suka melayan dan suka dilayan ni bagi aku cheap sangat.. kategori "pelayan" kita dengar nama pelayan pon dah cam low class bunyiknya kan

korang bayangkan ni.. korang adalah sebutir permata yang sangat bernilai.. di kawal rapi.. xda org boleh pegang.. takda yang mampu nak dapatkannya.. boleh tengok dari jauh je.. entah2 nak tengok pon x dapat.. letak kan diri kita di tempat permata itu.. betapa tingginya nilai diri kita ni.. berbanding dengan permata palsu yang jual kat pasar malam.. semua org boleh pegang.. "kak nak try boleh" pastu x beli pon sebab x cantik.. murah dan fake

so korang pilih nak jadi yg mana.

memang. aku tau rasanya bila dpt tau suami kita curang. sebab tu aku kata dorang ni kena diajar
tapi korang jangan lah sampai bagi nasik kangkang kat laki plak.. dosa teruk dah tu
ajar skit2 sudeh.. klu takleh selamat kan.. biarkan je dia.. redha dgn ujian yg Allah bagi kat kita
apa2 pon korang jgn rasa kalah.. jangan rasa dunia dah sampai ke akhirnya..

cinta kat dunia ni cinta palsu.. cinta tipu dan cinta sementara
jadi carilah cinta sejati lagi cinta abadi
Mohon pada Allah agar kita akan mendapat suami yg terbaik di syurga nanti
laki ingat dia je ke dpt bidadari?? abis pompuan gigit jari je ke masuk syurga nnt?
huhuhu yg ni aku x leh pastikan lah psl aku pon belum masuk syurga dan entah apa nasib aku kat sana nnt kan.. aku pon xtau.. tapi pasti ada ganjaran utk para wanita yg sabar
ikut kata Allah. bukan kata suami. lagi2 suami ygtak guna & x leh pakai.

akhir kata peliharalah diri anda dari melakukan perkara yang sia-sia
letakkan diri anda di tempat yg paling tinggi dan tiada siapa dapat menggapainya kerana diri anda sangat bernilai
tolong jangan buat diri anda nampak murah
perempuan tak boleh malas!!

wassalam



Kau fikir kau siapa
Cinta ini kau buang saja
Ku tak perlukan memori
Dan kau tak perlu kembali

Kau fikir ku apa
Siang malam engkau yang punya
Kau datang dan kau pergi
Kau buat aku begini

Oh lelaki
Tak guna ku berikan semua

Banggakah dirimu
Kekasihmu sahabatku
Rupanya selama ini
Dia menaruh hati

Kadang kala aku terfikir
Kau berikan nya janji yang sama
Dan kau katakan pada ku oh
Sepuluh tahun yang lalu
Oh lelaki
Tak guna ku berikan semua

Ini rupanya kau balas kembali
Semua yang ku beri
Tak pernah mencukupi
Kau bukan lagi yang aku kenali
Perempuan seperti ku
Tak ingin bersamamu

Dahulu kau bukan begini
Kau hancurkan hati
Ku yakin dahulu
Kau bukan
Kau bukan
Kau bukan

Saturday, September 7, 2013

Majlis Nikah, Khatam Al-Quran dan Cukur Jambul



Alhamdulillah adik ipar aku merangkap adik pompuan kepada suami aku dah selamat bernikah pada 31/8 tempoh hari. Tahniah kepada kedua pengantin. Semoga berbahagia sehingga ke syurga =)



Sebelum majlis nikah, pada hari yg sama juga telah di adakan terlebih dahulu majlis khatam al-quran dan cukur jambul.
cukur jambul baby sufi merangkap anak buah pengantin
(jangan korang ingat cukur jambul anak pengantin plak.. mengundang namanya..)




Rasanya mekap tu ok cantik je kan.. tapi aku telah diminta untuk touch up semula mekap yg tukang mekap dah buat sebelum ni.. sebab katanya nampak daring n garang.. so aku pon touch up la tone down kan mekap tu.. permintaan dari pengantin dan ibu pengantin sendiri iaitu mak mertua den.. hehehe


Ini lah Nurrun Harithah Suffiyah yg di cukur jambulnya pada hari tu
tak sure betul ke tak eja namanya tu.. tapi sedap sangat namanya
budaknya pon baik & cool sangat.. takde nak nangis x tentu pasal.. nangis bila perlu saja
bila tgk org bercakap mesti dia senyum2.. suka sangat tgk dia
sangat2 relax budaknya
sayang sgt sufi mak ngah niii



The Proud Father & Mother of 3 Princesses
Along & Kak Long aku ada 3 orang Puteri
Yang kecik comel putih melepak tu nama nya Asyiqin
sebaya ngan anak aku nak masuk 3 tahun
Yang baju biru belakang tu excited tak sabo nak ada baby.. haha ye kee??



Yang ni puteri sulung mereka namanya Ameera
budak ni x padan kerja nya nak melawo saja.. 
tapi biasa la budak pompuan 



Nenek mencukur jambul Sufi



Giliran Atok pulak cukur jambul Sufi



Satu-satunya cucu lelaki atok & nenek buat masa skang ni iaitu Ahmad Lais
tapi dia yg paling kuat sentap & mengada.. adoi pening kepala aku



Baju melayu lengan pendek dijahit khas utk budak laki yg kuat melasak
supaya dorang x rasa rimas dan berpeluh2
budak biasalah bukan mau duduk diam kan
ni pon pasal anak aku sorang ni fobia dengan baju melayu yg ada kolar tu
baru tunjuk je baju dah menjerit taknak 
terpaksalah soh tailor jahit baju baru untuk dia
haih macam2 anak bujang aku sorang ni
anak dara 3 org tu pon tak macam2 



dah macam nora danish plak aku tgk adik ipar aku sorang ni.. hehehe
skema lak rupa aku pakai tudung ala bawal gitu..



Akak Ipaq dan Adik Ipaq



Ok hero-hero pengantin dah turunn



3 down.. tinggal adik je sorang yang tinggal.. adik jangan kawen cepat sangat.. hehehe



Ini adalah hadiah hantaran dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan
handbag cap G itu mencurik perhatian ku.. huhuhu
hantaran pompuan ke laki lupo plak nak snap.. x sempat langsung

so far ni lah liputan aku untuk majlis istimewa adik ipar aku ni



Akhir bicara, Selamat Pengantin Baru buat Erna & Ikhwan
Ikhwan jaga Ena baik2 ye! Dia mmg degil sikit tapi dia baik sopan santun hormat org tua cantik pulak tu pandai masak.. hehehe
semoga bahagia akhirat dan dunia. jangan lupa tanggungjawab masing2 =)
luv u both .. peace..