Pages

Happy Heart > Happy Soul > Happy Mind > Happy Love > Happy Life

Friday, December 18, 2015

Lais 5th Birthday


Alhamdulillah anak sulung kami dah pon berusia 5thn. Cepat sungguh masa berlalu... 

Tahun ni berjaya juga kami adakan sambutan hari jadi beramai2. Sambutannya sederhana saja tapi meriah dgn kehadiran semua ahli keluarga

Lais juga sangat happy sebab dapat banyak hadiah. Dapat Optimus prime, Leonardo Ninja Turtle dan mcm2 lagi.. Alhamdulillah terima kasih semua sebab happy kan Lais

Untuk sambutan birthday lais ni saf masak nasi beriyani, rendang daging dan kuah kari serta tuna bolognese spaghetti. Gigih sungguh memasak nak menjamu ahli keluarga yg datang.

Kek di sponsor oleh Atok, Lola dan Tokki. Lepas tu Lola masakkan pulut kuning. Nenek sponsor Satay. Alhamdulillah. Puas la semua org makan hari tu.


Pertama kali dapat sambut ramai2 dlm satu majlis. Kalau tidak sebelum ini mesti buat majlis berasingan dan banyak kali. Sebab dah tinggal di rumah sendiri maka senang nak jemput tetamu datang rumah.



Antara ahli keluarga yang memeriahkan majlis birthday Lais



Lais dan hadiah2 nya




Majlis ni diadakan pada 22/11/15 hari ahad. Hari lahir Lais sebenarnya pada 20/11/15 hari jumaat. Jadi kami lewatkan sedikit tarikh sambutan. Kami tak plan untuk sambut atau beli kek pada hari Jumaat. Tapi magnet tarikan rezeki Lais sgt kuat agaknya.. Dpt juga kek pada hari lahir dia 


Setelah sekian lama menunggu akhirnya dapat juga Lais sambut birthday dia. Biasanya bila ada sambutan birthday org lain mesti dia akan cakap.. Birthday abang lambat lagi kan... Biasalah budak2 mmg seronok sgt sambut birthday.. Excited nak besar.. 

Tapi mcm kita yg dah berusia ni terasa berat je nak sambut birthday.. Tak excited langsung nak tua.. Huhu 

Lepas ni nak plan untuk birthday Aqib pulak next year yg ke 2 tahun. Maybe tak buat majlis beriya kut sebab dia kecil lagi... Mcm abang dah besar dan dah faham situasi.. Tengok lah mcm mana nanti....