Pages

Happy Heart > Happy Soul > Happy Mind > Happy Love > Happy Life

Wednesday, June 26, 2013

Road trip tak menjadi


Assalamualaikum semua!

Hehehe jangan terpedaya saya masih belum buat road trip ke krabi lagi
tapi ini adalah cita-cita saya dari tahun lepas lagi!
sekarang tengah gigih nak pujuk encik suami yg tersayang

lepas tengok cerita "Bikers Kental" lagi membuak-buak rasa nak pegi ke krabi bawak kereta je
bukan apa tiket flight nak ke sana pon bukannya murah
nak pergi nya bertiga.. nanti bila dah kat sana nak kena sewa kereta pulak lagi kan
so cara yg terbaik adalah bawak kereta siap2 dari sini =)


Yeah! Biker Kental ready to go!

Berangan-angan nya nak pegi masa anniversary kami yg ke-3 nanti dalam bulan oktober nanti
tapi taktau lah mengikut kata suami saya cuti dia habis
sebab dah pakai semua masa dia pergi mengerjakan umrah april lepas
aiii cam harapan je nak dapat pegi
saya soh dia amek unpaid leave je.. apa ada hal..
hahahaha

oleh kerana nak pergi nanti ni bawak si bujang kecil tu
maka tak boleh la cam nak direct sangat
so mesti kena stay Hatyai 1 malam
dah drive all the way dari shah alam
confirm2 la penat kan
so memang tak boleh nak straight to krabi



Harap2 cita ini akan jadi kenyataan!
Kena menabung dari sekarang.. =)

dah tengok2 dan berangan jugak la nak duduk kat hotel 



 Honeymoon Suite
Be pampered with your new life partner in this Honeymoon Suite, the only room with extra large Bath tub and additional 21” LCD TV in bath room. Honeymoon Suite, with 44 sqm, features also Pool Access with Jacuzzi, day bed, 32 inch LCD TV , mp3/DVD player with mini home theatre, ipod docking speaker with radio and alarm clock.




Moon Deck Suite
This is another idylic setting for a honeymoon. The serenely private and sensually elegant. Mood Deck Suite features private accommodation, each with private roof garden, sunbeds, and indulgent amenities. Enjoy sun bathing or star showering with your significant other

Hehehe tak tau lah kan.. ni cuma plan saja
entah jadi entah tak
Kalau ada rezeki Allah bagi untuk kami, merasa lah kami anak beranak pijak kaki ke Krabi
Insyaa Allah =)


**** LATEST UPDATE
Trip ini terpaksa dibatalkan kerana i am pregnant!
dushh! mmg xleh la kan nak berjam2 dalam kereta tu
org lain mabuk laut aku mabuk highway..
isk isk sedey.. maybe next year kalau ada rezeki boleh plan semula trip ni
huwaaaa =,(

Tuesday, June 25, 2013

Jerebu di Malaysia

Assalamualaikum semua,

seperti yang semua sedia maklum.. negara kita sekarang sedang dilanda jerebu yang boleh tahan teruknya..
bagi saya ini adalah bencana kecil yg Allah turunkan untuk kita semua..
tak kiralah syarikat dari mana yang mengakibatkan kebakaran di hutan dan tanah gambut sumatera tu
Kalau Allah tak izinkan.. semua ni takkan berlaku kan??
Jadinya kita terima sajalah bencana ini dengan hati terbuka
mungkin ini juga sebagai friendly reminder supaya lebih menyayangi dan menjaga bumi milik Maha Pencipta
*ini hanya pendapat peribadi saya saja ya. peace =)

Jerebu ni saya kira sebagai rahmat dari Allah. iaitu ujian kesusahan.
seperti hujan. 

seriously sangat susah bila musim hujan. susah nak lakukan aktiviti luar, jemur kain pon tak kering2, peniaga jalanan pon tak boleh nak dapat banyak sale dan macam2 lagi lah

sama jugak mcm jerebu ni. sangat memberi kesan pada saya ni sebab jadual kerja saya dah tersangkut
saya tak dapat nak keluar rumah. jadual kerja saya semua dah lari dan lintang pukang
sebabnya saya ada anak kecil yang harus dibawa ke hulur hilir.. i have no choice =( 
jadi tak sampai hati dan x sanggup rasanya nak merisiko kan kesihatan anak saya
kalau saya sorang je InsyaaAllah boleh bertahan.

Sesetengah parents beruntung sebab takyah susah payah nak fikir anak nak letak mana
ada pengasuh, taska, atok nenek, makcik pakcik yang boleh tengokkan anak-anak
tapi saya tak la.. saya kena uruskan anak sendiri dari A-Z
mmg takda hal dah anak sendiri tentu2 lah kena jaga sendiri
cuma saya kesian bila part saya nak kerja tapi kena bawak dia sekali
kecik lagi dah bergelumang dengan kain & baju
kena tunggu saya check kain dengan supplier
kena tunggu saya discuss ngan tailor
kena beratur sama2 kat kaunter Pos Laju sebab nak pos parcel customer
sekali hantar biasa 20 parcel ke atas.. mmg lama la nak menunggu kan...




Kesian nya Ahmad Lais..
sepatutnya di waktu umur 2 tahun 7 bulan mcm tu kerjanya hanya main main main..
tapi skang dia pon dah buat kerja cam umi dia.. huhuhu
ini yang membuatkan saya nak bekerja lebih kuat dan menggandakan usaha saya
supaya saya boleh beri keselesaan dan kesenangan hidup untuk family dan anak2 saya. Insya Allah
Semoga Allah perkenan kan cita2 saya ini =)

Hopefully esok dah tak jerebu. sebab suka ataupun tidak saya harus jugak keluar rumah untuk bekerja!
Alhamdulillah tadi husband dah belikan face mask
so esok kami akan keluar dgn memakai face mask la


sebenarnya saya tak suka sgt pakai benda alah ni
rasa cam xleh nak bernafas..
bila keadaan mcm ni rasa kan bagus kalau ada Niqab
huhuhu

Dah tempah dah fancy niqab dengan Mira, owner House Of Jazaba



cantikkan?? so lepas ni para Niqabis dah ada pilihan lain selain dari warna Hitam saja
fancy niqab ni boleh dipadan kan dengan tudung warna apa2 pon
memang nampak fancy dan confirm org akan pandang anda
alah kalau pakai niqab biasa hitam tu pon orang pandang juga
pandang pon takpe sebab telah dikaver oleh niqab =)

InsyaaAllah lepas ni lebih ramai yang nak ber Niqab
sama seperti berhijab. lepas macam2 fashion hijab keluar.. ramai sangat yang dah bertudung
cuma caranya betul atau tidak sajalah
hehehe.. Maaf saya tak berani nak komen apa-apa
saya sendiri pon belum sempurna dan tak mungkin akan sempurna



Saya sendiri pon belum lagi ber Niqab tapi saya minat sangat2 dengan niqab
walaupon ianya bukan wajib. tapi saya taknak lah pakai terlalu awal atau pakai sebab suka2 je kan
sbb nanti org akan persoalkan eh hari tu pakai niqab ni dah bukak pulak
mcm buat kesalahan pulak walhal berniqab itu sunnah
bukan diwajibkan

ok i dah feeling2 cam wanita arab walupon hidung tak tercacak.. hahaha
Fancy Niqab tu saya buat utk kegunaan sendiri saja. taktau lagi samada nak dipasarkan atau tidak
saya kena rujuk juga pada yg ariff boleh ke buat fancy2 gitu kan
kang nnt ada yg kata saya perosak fesyen ke apa ke kan..
saya cuma nak pakai apa yg saya suka saja
and of course saya taknak nampak sama dengan org lain.. =P
fashion designer la katakan.. uweekkk poyo!
and i wont wear black everyday!

P/s harap2 jerebu dah hilang esok. berilah kesempatan buat hamba mu ini untuk keluar mencari rezeki =)

Wassalam

Monday, June 24, 2013

Musician Kecik




Assalamualaikum wbt semua
saje je nak share video anak bujang saya tengah perform ngan atok nya
bukan main headbanging.. konon-konon tengah goreng la tu kot..

Dia kalau balik rumah atok nya confirm ajak atok perform..
tak atok kena main keyboard.. dia main gitar
atau dia main organ lama aku dedulu.. atok plak kena main gitar
layan jelah atoknya pon.. cucu sorang dia ni jee
sorang lagi coming soon!

oh bukan saya punya ye..
adik lelaki saya yg baru kahwin bulan 3 tempoh hari... dah pregnant dah wife nya!
tahniah!


ok berbalik kepada isu video tu.. seriously anak saya tu memang dah nampak bakatnya dan minatnya dalam muzik.. well, memang tak leh nak kata apalah..
 kami berdua pon memang minat muzik..
pernah jugaklah ada band masa zaman blajar2 kolej dulu..
suami saya vocalist. saya plak keyboardist =P
so memang merasalah pengalaman pergi jamming memalam tu kan
adalah rasa cam retis sebab nak praktis bagai.. haha!
nanti lah saya korek gambar lama2 dulu kot ada lagi
boleh gak tepek sekeping dua kat sini kan.. huhuh

so saya memang  plan akan bagi anak saya master kan bidang muzik
tak perlu la dia nak jadi retis bagai
tak semestinya kalau blajar muzik kena jadik penyanyi ke apa kan..
tak payah semua tu. belajar untuk kepuasan diri  dan mengisi masa lapang saja

sebab kami pon dah ada plan lain untuk dia =)



Insyaa Allah. Semoga dipermudahkan segala yang terbaik untuk kami di Akhirat dan di dunia ini

Last performance from Atok and Lais


Sunday, June 23, 2013

Aura White Lagi dan lagi murah!



Assalamualaikum wbt semua

ok saya sendiri pon tak tau kenapa saya minat sgt ngan produk ni
walaupon kesan 100% tu tak pon nampak lagi
idak pon putih cam Hanez Suraya lagi...
tapi i keep buying this product

seperti yang saya janjikan dulu.. lepas 3 bulan akan update result kan..
hehehe sorry dearies.. last month langsung tak minum aurawhite ni bila stock habis
sebab takde masa langsung nak pegi beli.. 

result yg dapat lepas tak consume selepas sebulan..
muka berminyak semula! oh sangat tak best
tumit kaki pon start nak pecah2 balik
jadi memang harus sgt lah minum balik aura white ni

Kebetulan balik rumah abah saya di cheras.. singgah ke Tesco Extra Cheras tu bawak Lais main animal train dan perabih kan rm10 kat tempat main2 kat situ





sempat la bertanya kat kiosk tepi2 tu kan aura white harga nya berapa
"RM122 je kak"
saya pon "ok tunggu jap nak cucuk duit" 
cam taksub plak rasanya bila harganya murah mcm tu
sebelum ni beli pon RM140. tu pon dah rasa murah
dpt lak RM122 lagi la rasa nak membeli tu membuak2

saya bitau Lola harga Aura white kat situ RM122 je. boleh lak dia cakap..
cuba tengok expired date entah2 dah nak habis tu jual murah
hahaha sukati je mama saya ni..
packaging baru lagi takkan la dah nak expired..

tak mustahil pon boleh jual harga murah mcm tu untuk peniaga dan penjual yg main volume
jom kita main kira2...

saya tak pasti harga sebenar aura white tu jadi kita just anggarkan sajelah yekk
jangan plak tanya saya mana dapat harga ni.. sebab skang ni saya nak buat contoh pengiraan untung saja..
kalau nak tau lebih lanjut pasal harga sila lah contact pihak Aura White sendiri

Kita anggarkan sorang peniaga ni beli aura white RM50 untuk satu unit
tapi kena beli minimum 1000 unit.. banyakk tuu

so peniaga tadi akan keluarkan modal sebanyak RM50k utk dapatkan 1000 unit aura white

Kalau lah dia jual semula dengan harga RM100 per unit dan semua 1000 unit yg dia ada tu habis dijual..
dia akan dapat modal balik dia RM50k plus untung jualan sebanyak RM50K jugak. total rm100k

sebab itu harga jual oleh peniaga tak sama. harga bergantung pada kuantiti yg mereka purchase dari supplier lah kan. untung bagi mereka yg ada modal besar dan banyak. tapi genta jugak tu kalau belanja sampai 50K tapi produk x laku.. mau nya tak tercekik

tapi dah nama pon bisnes kan. ada risiko. ada untung ada rugi.
Low risk, Low return.
High risk, High return

pilihlah mana yang berkenan di hati.. hehehe

oh ada tambahan koleksi lagi


saja nak try Maixara C-sential ni pulak
beli kat kiosk yg sama harga RM80
rasanya tu harga standard kut. semua tempat pon jual rega tu jugak rasanya
dah try kunyah sebijik.. rasanya tak sedap sgt lah.. biasa2 je
so tengok dulu effect dia pas consume aurawhite + maixara
kalau tak byk beza maybe tak teruskan kot dgn maixara

kalau ada rezeki lagi sebulan la saya update kan result dan effectnya
hopefully raya nanti boleh la cantik putih berseri2 pakai baju peplum keluaran sendiri..
haha over..!

P/s dah banyak betol stock shaker free kat umah ni.. pas ni boleh la buat jual shaker plak.. huhuhu

Wassalam =)

Sunday, June 16, 2013

Blogger Kaya

Assalamualaikum,
Malam ni tak leh tido pulak sbb dah tertido sekejap awal tadi. So ada mood sikit nak menulis blog.
Alkisahnya baru2 ni ada terbaca di satu forum yg mengatakan kereta BMW seorang blogger terkenal telah kena rompak. Korang google la sendiri cari sapa blogger tu. Huhu
Tak penting nak tau sapa blogger tu. Yang penting, blogger pon boleh pakai BMW? Wow dahsyat. Alhamdulillah rezeki Allah untuk dia kan.
Lepas tu ada terbaca lagi kisah sorang famous blogger tp bukan lah kereta kena curi jugak.. tapi sangat dahsyat bila tgk dia bershopping. Blogger tu ada dpt sponsor trip ke overseas. And dia shopping kat sana giler2 lah. Seriously sbg seorang perempuan mesti akan rasa jealous and nak jadi mcm dia juga.
Saya admit saya pon ada rasa cam jelez skit. wahh gilerlah dia ni.. shopping branded bag mcm shopping bag yg murah longgok2 tu je.. mcm benda tu murah bebenor. Saya nak beli handbag harga rm200-300 pon pk 100x. Saya mmg kedekut beli brg sendiri. Harap maklum.
Seperti yg kita semua tau, famous.blogger ni dorang earn money from nuffnang and other sponsor.bukan sponsor sugar daddy sugar mummy tu tau. Jgn salah faham pulak. Xperlulah kot saya nak cerita mcmana dorang earn banyak semua tu. Saya pon bukan famous. Dalam acc nuffnang ada berapa ratus je. So rasanya tak layak nak bagi tips bagai.
Tapi kalau tips jual online InsyaaAllah saya boleh bagi. Tunggu di penghujung entri nanti ya.
Nak sambung cita pasal blogger kaya.

Kalau tak kaya pon, at least dorang boleh earn dalam RM2k per month. Ok what klu blogger tu student lagi dan boleh buat duit banyak tu utk side income. Beruntungkan??
Biasanya kalau blogger tu sedia cantik.. mmg satu bonus untuk dia sebab akan cepat dapat ramai follower. Yang pompuan pon menggalak sbb nak jadi mcm org tu. Yg laki plak off course la nak menyedapkan mata tgk awek cun.
Lagi kalau blogger tu pandai lak berfashion. Pandai Belit2 shawal sampai 3-4 lapis... lagi gempak kalau dia pakai barang memahal.. lagi la org suka nak follow... nak tgk apa org dia ada pastu nak ngumpat sebab jealous.. huhu
Tapi ada je famous blogger yg dari kampung pedalaman...ramai je follower nya kan.. taktau juga nak kata pakej mcmana yg melayakkan dia jadi famous blogger.. tp of course la menjadi diri sendiri dan org taknak ada duplicate..
So korang toksah dok komen "saya teringin nak jadi mcm akak" buat malu diri sendiri je.
U have to believe & trust yourself. Kena confident. Yes, I can become famous. I can earn thousands with Nuffnang. Think positive dan perkara yg baik2 saja.
Tak perlu kena cantik and handsome utk jadi famous and nak dapat ramai follower. Tengok dorang tu pon idak la cun hensem pon. Opsss! Haha
Yg penting entri korang tu kena berinformasi. Even kalau nak citer psl personal pon.. selit la 2-3 info supaya reader/follower akan rasa berbaloi baca entri korang and mungkin akan dtg lagi utk baca next entri.
Lepas tu tepek gambar banyak2. Sbb rasanya org lg suka tgk gambar. Tak baca pon ceritanya. Tgk gambo je. Pastu nak komen tanya benda yg dah pon tulis kat entri tu... oh please! Jadilah pembaca dan penanya yg bijak.
Nak kata saya bagi tips tak jugak. Tp saya dpt drpd beberapa research yg saya buat sendiri.
So apa2pon niat kena betulkan. Kena buat dengan Ikhlas. Kalau blogging tak boleh generate duit utk korang.. so rasa fedup la sbb tak dpt cheque beribu dari nuffnang.. rasa nak quit la.. then kenapa nak blogging at first?
Ada 1001 sumber rezeki atau mungkin lebih dari itu kat dunia ni.. dan rezeki tu x sama utk semua orang kan.. mungkin rezeki dia dtg dari blogging.. rezeki kita dari tempat lain. Kita kena lah carik.. InsyaaAllah pasti akan jumpa jalan terbaik untuk kita.
Ok tips pertama dari saya untuk jual secara online. Minimum kan profit. Maximum kan sales. Ini bermakna kita kena main volume. Kalau nak cerita mmg pjg. Lets the figure do the talking
Profit RM30 x sales 200 units
= RM6000

Ok faham semua???
Diskaun skit la
Profit RM20 x sales 200 units
= RM4000

Camna? Ok?
Hehehe nanti saya cita lagi ye. Ni dah kol 4 dah nak kena tido kang esok tak bangun pulak. Esok dah ada appoinment dgn tailor baru.
Yaa tak lama lagi We Luv Peplum akan bertukar kepada team tailor yg baru. Tu semua nanti saya akan cerita.
InsyaaAllah saya nak share resepi cara saya berniaga ni. Walaupun saya bukan la owner top online boutique kan.. tp klu boleh buat figure seperti di atas tu.. siapa taknak?? Nak tak? Hehehe
Ok semoga saya di beri kesempatan oleh Maha Pencipta untuk menulis lagi di sini. Banyak perkara yang saya nak kongsikan. Tapi jangan la expect gambar saya cantik2, pakai fesyen cecantik, pakai handbag mahal, bwk kereta mewah, ada banglo mewah. Alhamdulillah. InsyaaAllah ada la tu nanti. Tapi sekarang belum ada lagi.. hehehe
Wassalam.