Pages

Happy Heart > Happy Soul > Happy Mind > Happy Love > Happy Life

Thursday, November 7, 2013

6 months preggy

Muka dan badan semakin kembang
Huwaaaaa :(


Jual ikan!

Memandangkan sekarang ni nak jual baju agak sukar.. aku ingat nak tukar bidang jual ikan la plak.. hehehe

Jual ikan yg aku maksudkan kat sini adalah selfish! Yes pentingkan diri sendiri! Korang pentingkan diri sendiri tak? Aku kdg2 pentingkan diri sendiri gak. Tp kdg2 terpaksa turutkan kehendak org walaupon aku ngaku aku tak ikhlas pon buat. Ya aku terpaksa.

Aku rimas & benci dgn org yg terlalu pentingkan diri sendiri. Memang kita kena pentingkan diri.. tapi kalau melampau sgt??? Serious menyampah sgt.. who the heck do u think u are? Raja seluruh malaysia? Puteri dari kayangan? Heh

Masa nak mintak tlg org kemain lagi pagi petang siang malam dok berdentum.. bila da dpt apa dia nak.. dh setel kerja dia.. pandang kita sebelah mata je.. hakkk tuihh sangat..

Orang2 mcm ni suka attention...dia nak org ikut dia je.. tunaikan hasrat dan hajat dia.. dia tak pedulik org lain.. janji dia dpt apa yg dia nak.. org mcm ni patut dikeji dan dicampak kat padang pasir nun.. baru sedar langit tinggi rendah..

Buat apa je decision tak pikir realistik.. fikir nak lepas tengkok dia saja.. tak fikir untung rugi.. nak yg best saja.. yg mahal2.. walhal diri x mampu pon.. biar papa asal bergaya kata org.. tapi tarah duit org lain.. huhu kesian kan..

Money cant buy u class baby.. eat that!

Mak idaman

Pasti semua wanita satu hari nanti akan bergelar mak. InsyaAllah.

Aku adalah mak kepada 2 orang anak lelaki. Tapi sorang lagi on the way dalam perut lagi.. Hehehe..

Sebelum korang jadi mak.. atau dah pon jadi mak.. xkira la mak apa pun.. mak mertua, mak tiri, mak angkat, mak cik.. mak kucing pon boley.. harus la kita catatkan ciri2 mak mcmana yg kita nak jadi.. xkan la ciri2 lelaki idaman je nak tulis berjela2 kan.. nak yg terbaik saja.. tapi diri sendiri xnak jadi yg terbaik.. sudahnya jadi mak lampir.. hehehe gurau saja jgn marah noks.. huhu

Ciri2 mak idaman saya :

1) Baik hati - mempunyai hati yg bersih lagi suci

2) pemurah lagi pemberi - ni biasa susah skit sbb manusia lebih suka menerima daripada memberi

3) adil dan tidak pilih kasih - haa yg ni lagi susah. Semua mak bapak pasti xkan boleh bersikap adil.

4) open minded - berfikiran tak kolot dan tak fikir diri saja yg betul. Jgn sebab dia hidup lagi lama dia igt dia tau semua benda

5) ambil berat - caring dan concern tentang anak2

6) penyayang - tunjukkan kasih syg pada anak2

7) lemah lembut - alahai yg ni pon payah sebab mak2 selalunya garang cam singa

8) bijak menangani masalah - bukan suka cari masalah dan cari pasal dengan anak

9) hormat - kalau kita nak org hormat kita, kita kena hormat orang

10) cantik bergaya - wah yg ni bonus laa klu dpt mak yg cun.. hehehe

Antara 10 ciri2 penting utk mak idaman yg aku nak jadi.. hehehe boleh kah aku menjadi ibu yg mithali? Boleh kah aku menjadi ibu yg terbaik utk anak2 aku?

InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya aku. Nak anak2 yg baik, kita sebagai mak kena tunjuk contoh yg baik. Jangan rasa diri dah bagus sgt. Sentiasa belajar dan sedar diri kita utk berubah ke arah yg lebih baik.

I luv u mama!

Pasni aku kena buat ciri2 anak idaman dan isteri idaman pulak..hehehe

Tuesday, October 22, 2013

My Second Journey



I am so happy today! Ni kali kedua aku scan baby dalam perut ni
Dah besau dah anak umi ni
last time scan masa 4 bulan
skang dah 21 minggu maknanya 5 bulan lah


Aku buat 2D Ultrasound scan (growth scan) kat NR medical imaging
kos hanya RM60 saja 
dapat gambar dalam CD dengan report
tapi yg scan bukan doctor tau. dia hanya sonographer saja a.k.a tukang scan
Nama sonographer tu Miss Cathleen. 
comel & sweet orangnya
cakap pon lembut je. Last time masa scan Lais dulu2 pon rasanya dia jugak yg buat


Yang paling best bila dah scan kat sini kami dapat voucher RM120 saja untuk buat 3D 4D ultrasound scan!
harga asal kalau nak buat 3D/4D baby ultrasound scan kat sini adalah RM150
voucher valid untuk setahun. boleh simpan utk 3rd baby next year! hahaha
takda maknanya nak anak berderet2
bila baby dah 6 bulan dalam 25/26 minggu tu boleh gi buat dah as recommended by the sonographer
memang bila habis je scan tadi aku ada tanya bila paling bagus nak buat 3D/4D ni
tak sangka pulak dpt voucher discount.. terima kasih NR!

Hasil dari scan 2D tadi


Denyutan jantung baby normal dalam 90 ke 180
bacaan 157 tu kira just nice lah kan


ini plak dia ukur air ketuban
katanya 2 -8 untuk bacaan normal
aku punya 5.62


ukuran kepala
kalau tgk ikut sini mcm bentuk kepala abang dia jugak.. huhuhu


ukur tulang paha


kalau tak silap aku ni tali pusat
nak make sure dia masuk dalam badan baby kata sonographer tu la


ni pon kalau tak silap tali pusat jugak..


yang ni rasanya ukuran rahim ke pangkal rahim entah.. mcm2 tu laa

ok nak tau tak baby aku ni gegirl ke boboy???


tadaaaa.. sekali tengok dah tauu dah..!
hahaha that's my boy!
Lais dapat kawan boy akhirnya
Alhamdulillah
i am so happy

aku memang mengharapkan baby boy lagi
walaupun teringin nak baby girl
suami aku mengharap nak baby girl.. nak sepasang katanya
tapi rezeki memihak kepada pilihan aku.. huhuhu
nampak cam dia frust sikit walaupon dia kata xkesah
skang baru aku faham perasaan isteri bila xdpt nak bagi anak pilihan suami
contoh kebanyakkan suami nak kan anak sulung boy
tapi kita ngandung girl =)
lantak la aku yg mengandung and beranak kan nanti pon.. huhuhu

so memang tade la aku nak soping baju2 baby baru 
sbb baju abang dia banyak giler
elok2 dan cantik2 plak lagi
alhamdulillah masih dpt nak berjimat.. huhuhu

aku punya due dijangka dalam akhir bulan feb atau awal bulan mac 2014 nanti
berat baby tadi 418g saja
sekian saja update kali ni
nanti aku update bila dah buat 3D/4D
and pasni baru nak buat buku merah
standby just in case apa2 hal kan =)

hari ni aku sangat happy
Alhamdulillah Syukur Ya Allah

Thursday, October 17, 2013

Hadiah Victoria's Secret dari Bunga Emas Label!

Siapa sini tak suka dapat hadiah??? Tipu giler la tu kalau tak suka hadiah kan.. huhuhu
aku sangat happy dan tiba2 rasa cam retis plak bila dapat hadiah dari orang
bukan hadiah biasa2 beli kat kedai RM5 tu tauuu.. Victoria's Secret ok!
Sapo nak bagi??! Bertuah lah badan dapat hadiah bestt


Biasanya retis je dapat hadiah2 dari peminat
aku yg nan hado ni pon boleh dpt hadiah gakk
terharu sgt makkk..

gambar di amek lepas dah dipakai2.. hehehe almaklumlah sebab wangi sgt
semua nak test.. dah la berebut dengan anak bujang sorang tu
siap bawak lari lagi dia igt dia punya
dia pon memang suka bau wangi2 ni
setiap kali spray ke sapu, mesti nak kena bubuh dkt dia jugak
jawabnya mmg cepat la abesss..adess

Jutaan terima kasih buat owner Bunga Emas Label kerana sudi bagi saya hadiah2 best ni
saya amat menghargainya! terima kasih sangat2

korang semua boleh la melawat blog owner Bunga Emas Label yang baik hati ini
mcm2 brg kecantikkan ada jual kat sana


alang2 siapa yg ada FB tu boleh la LIKE fanpage nya sekali ya


Ucapan terima kasih sekali lagi buat owner Bunga Emas Label yang sangat pemurah
semoga Allah swt mengurniakan lebih banyak rezeki buat anda 
Terima kasih =)

P/s Happy Mode ON

Rumah Sendiri VS Rumah Sewa

Siapa yg tak teringin nak ada rumah sendiri kan?? Of course masing2 kalau ada umah sendiri dah berangan nak buat itu ini kat rumah

Untungnya kat sesapa yg sedar awal dan dah pon beli umah sendiri
Mcm aku ni mmg sgt lemah bab membina kehidupan dunia maka mmg xdelah umah sendiri nya

Untung jugak kat korang yg mak ayah bagi rumah, belikan rumah.. dah dapat umah free pastu beli umah lain plak sewakan kat org.. bagus kan?

Macam aku ni mmg xda nampak gaya nak dpt rumah free atau nampak bayang nak beli rumah sendiri. Sedih kan? Skang ni kami menyewa kat kondo yg aku x berapa berkenan sgt. Aku x suka rumah tinggi2 ni. Dulu masa zaman belajar2 dah puas dok tinggi2 ni. Bila dah ada anak nak dok umah ats tanah. Senang bukak je pintu umah terus masuk kereta. Skang ni nak kena turun lif bagai.. nak masuk kena ada access card.. pastu nak kena menapak kat kereta lagi.. hishh stress aku

tapi aku ada jugak buat perbandingan secara bodoh la.. aku rasa menyewa ni ada gak untungnya.. sbb kita just bayar duit sewa dan bil2 berkaitan saje. Klu umah tu kita punya berbagai jenis cukai gak kena bayo.

Cam tuan umah aku ni hutang ngan management rm15xx mcm tu. Pastu x silap cukai pintu kut rm7xx..dh dapat surat merah katanya nak sita umah ni. X pasai jekk kang aku x leh masuk umah.. huhu

Tu belum lagi kita bayar deposit beli rumah.. bayaran bulanan kat bank lagi.. harga rumah dah sekian2...interest bank lagi.. pastu bila nak masuk rumah ofkos nak kena renovate sikit sebanyak.. pasang tu pasang ni.. byk jugak belanja nak keluar tu

Kalau menyewa kita request jek nak grill nak kipas nak lampu.. biasa tu jelah benda basic kan.. klu dh ada kitchen cabinet siap tu kira bonus la dan ofkos juga harga sewa tinggi sikit

Cam aku yg poyo ni mmg dah set target nak beli landed house.. pastu semi d atau banglo saja.. alang2 membeli biar puas hati.. hahaha padahal belum mampu nak beli...
So target aku pon lambat lagi la kut sampai betul2 mampu

Aku pon xnak ikut ikutan org.. org beli umah.. kita nak beli jugak.. org pakai keta mahal kita pon nak keta mahai.. aku bersyukur dengan apa je yg kami ada sekarang :) insyaAllah kami akan upgrade life kami masa ke semasa.. demi anak2 kami.. hehehe yelah dah 4 thn kahwin.. 3thn bertiga.. tahun depan dah berempat pulak.. kalau tak buat sesuatu memang tak boleh la kan

Sekarang kos hidup pon makin tinggi.. paras gaji mcm tu gak.. cam aku meniaga sendiri lagi la xtau camna nasib kan.. serious risau mikirkan masa depan ni.

Semoga Allah swt berikan aku kekuatan untuk terus berjuang dan berjalan diatas muka bumi ini

Daripada kita dok sibuk nak ada rumah sendiri la apa la.. baik kita sibukkan tentang rumah yg jasad kita nak duduk selamanya sampai kiamat tiba..  dan sibuk2 kan lah mencari rumah di akhirat nanti.. kat belah mana kita nak duduk.. iskkk takuttttt.... serious klu pk bab tu.. mmg dah x heran dah psl rumah kat dunia ni.. kita pon bkn nak dok sini selamanya.. bila jasad expired kena panggil balik jugak. Takut tak?? Hehe

Tak salah nak kejar dunia. Tapi akhirat jgn dilupakan malah kena dilebihkan. Biarlah org hina kita pandang rendah kat kita sbb kat sini umah kita buruk, pakai kereta buruk.. kat sana nanti tersergam istana buat kita siap ada kuda putih terbang lagi.. hahaha kemain lagi berangan..

Monday, October 14, 2013

Nak Bersalin Di Mana?

Siapa kata 1st time pregger saja yg pening kepala nak fikir nak bersalin kat mana??
Aku yg 2nd time ni pon dah pening dah mana lah nak pegi nanti ni?

Aku  kalau boleh nak elakkan deliver baby kat hospital kerajaan.. bukan sebab aku eksyen ke.. demand ke.. high class sgt ke.. bukan bukan bukan.. aku tak sanggup jadi mangsa uji kaji doktor2 pelatih kat sana tu
kot2 kena masa time aku serah diri tu memang time dorang tu tengah duty ke kan.. aku just tak boleh bayangkan dan takkan benarkan diri aku ni digodek-godek.. so kalau boleh elak memang aku elak seelaknya.

unless, masa hari kejadian tu cuma hospital kerajaan je yg ada.. takda dah hospital lain time tu.. so nak taknak kena kesitu jugak.. atau aku kena emergency czer ke.. taknak la plak aku sanggup berabis beribu2 berbelas ribu hanya untuk itu kan.. unless la suami aku memang kaya raya.. xdehal punya
untuk taknak menyusahkan dia dan ahli keluarga yg lain.. aku sanggup la kena transfer ke hospital government.. cuma dorang la sanggup ke bila time aku nak beranak tu tiba2 suruh aku pergi tempat lain.. of course la dorang risau kat aku & baby kan.. confirm suruh proceed je.. huhuhu sayang gak dorang kat aku =P

tapi aku yakin insyaAllah untuk 2nd baby ni aku akan lahirkan dia ikut pintu gak.. hehehe walaupon mungkin kena guna alatan bantuan untuk bersalin ke kan.. aku x kesah janji jgn la potong perut aku yg comel ni.. masa lahirkan Lais dulu aku kena Vacuum pasal aku tak boleh push.. aku tak reti dan tak larat nak push kuat2.. antara sebabnya adalah aku tak merasakan sakit nak bersalin tu.. tak amek gas, tak amek epidural mahupun ubat tahan sakit. contraction tu pon aku rasa cam biasa2 aja. pastu takda rasa macam benda nak keluar.. yelah orang kata kan teran cam nak beri tu kan... entahlah masa tu aku x reti plak nak meneran
tapi takpa skang aku dah praktis meneran.. haha

Ok lokasi nak bersalin kali ini pastilah di Shah Alam jugak lagi..dah sebab aku duduk sini kan.. lain lah kalau aku time tu kat cheras ke.. kalau rasa dah nak terkeluar sangat2 tak boleh tahan lagi aku kena pegi HUKM atau Hospital Serdang la kut.. tapi aku prefer anak aku ni lahir dekat2 sini saja. memang kat Shah alam ni banyak je tempat nak bersalin.. seharusnya takyah nak pening sangat.. tapi hospital kerajaan shah alam tak siap lagi.. hehehe


Antara faktor-faktor penting yang aku utama kan :
1) Gynae/Doctor wajib Perempuan dan Islam sahaja.
2) Nurse semua perempuan dan Islam juga
3) Hospital / Klinik Bersalin Islam

Faktor2 penting lain
1) Caj yang tidak melampau mahal
2) Hospital sediakan makanan (sedap! haha)
3) Jalan tak jem nak ke hospital

Faktor yang  kurang pentingkan

1) Bilik - off course semua orang nak single room sebab nak suami teman sama kan. masa aku bersalin Lais dulu duduk bilik double tapi memang takda orang lain. sebab hari tu pon ada 2 org je yg bersalin. so banyak je bilik lain kan buat apa nak sharing2. aku tak request pon nak bilik apa semua. dorang pon tak tanya

disebabkan pengalaman lalu, aku rasa tak perlu lah nak single room. suami aku tak teman pon x apa lah mcm takda fungsi je.. hehehe sebab nya aku bersalin petang. keluar dari labor room dalam kol 8. pastu laki aku kena keluar gi beli makanan sebab tempat tu tak provide meal. pastu dia balik rumah hantar uri dan ambil baju nak tido teman aku la. dia tido lena. aku tak leh tido. bukan patut nya dia teman aku? maknanya aku takleh tido dia teman la aku kan.. tapi ni aku tengok dia tido kat katil sebelah.. pastu awal2 pagi dah chow balik sebab nak uruskan uri pulak. terkontang kanting gak aku kat situ sorang2 takda orang teman. pastu tunggu lama baru dia datang untuk bawak balik aku ngan baby. jadi kali ni aku tak kesah la bilik berapa orang dah, janji aku tak rasa sengsorang. ada kawan borak2 satu ward pon ok gak kan.. hehe


Antara senarai pendek yang aku dah fikirkan

1) KPJ Selangor (Seksyen 20, Shah Alam)

Pakej Bersalin normal (2 hari 1 Malam)

4 Katil - RM 1,399.00
Bilik 2 Katil - RM 1,799.00
Bilik Single - RM 2,299.00

Pakej bersalin termasuk:
Perunding Ward Round
Perkhidmatan Pediatrik - Pemeriksaan bayi baru lahir
Pemeriksaan Asas untk bayi (G6PD, ABO / RH / TSH)
Vaksinasi (BCG + Hepatitis B - dos pertama sahaja)
Suntikan (vitamin K)
Kaunseling untuk penyusuan
Makan untuk pesakit

Terma & Syarat:
Pakej in hanya daripada hari bersalin dan tertakluk kepada katil yang masih available.
Kegunaan tambahan yang digunakan akan dikenakan caj.
Makan tengahari tidak akan disediakan pada hari anda discharge.
Kadar Pakej tidak termasuk cukai jualan kerajaan.

Caj tambahan:
Forcep Delivery - RM 350.00
Vacuum Delivery - RM 350.00
Epidural
~~~~~~~~~~~~~~~~
Hospital ni memang dekat je ngan umah aku skang. hospital ni gak memang hospital favourite abah aku, abah mertua aku dan suami aku. selalu admitted kat situ. huhuhu

kalau ikut pakej dia tu aku rasa harga nya memang oklah. Rasa kuat jugak nak pegi ke sana je untuk deliver nanti. cuma aku kena pastikan yang doc2 kat situ tak paksa atau buat sampai kena czer. tu yg aku takut kalau hospital swasta ni sebab ikut review cam ramai je yang dah kena ngan KPJ. on purposely ke atau betul2 emergency ke kan.. so aku kena fikir2kan lagi dan maybe gi sana untuk bertanya2 keadaan

2) Klinik Bersalin Annur (Seksyen 6, Shah Alam)

BIL PEMBIAYAAN UNTUK KES BERSALIN:

Menyambut bersalin normal RM500.00
Forcep / Vacuum RM100.00
Episiotomy / Stitch RM90.00 ++
Drip RM45.00++
Ujian Makmal RM25.00++
Penginapan RM70.00 - RM120.00
Penjagaan bayi & imunisasi RM150.00++

*Tambahan RM50.00 bagi

Anak pertama
Sekiranya tiada tempahan
Kandungan ke 6 dan seterusnya
Lain-lain kes berisiko tinggi
~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau tak silap kat sini fully operated by Muslimah jadi agak menepati kriteria aku nak doc & nurse perempuan islam. tapi aku akan pergi tanya dulu nanti macamana. ada review tulis nampak macam bangunan usang. so cam takut la pulak kan.. huhuhu apa2 pon pergi tengok dan tanya dulu

3) Hospital UMRA (Sekyen 13, Shah Alam)


Pakej Bersalin UMRA

1) Delivery Package
- Starting from RM1,399
- Inclusive of
* Normal Delivery Procedures
* Ward Rounds
* Paediatrician Services including Newborn Screening
* Nursery Charges
* Routine Discharge Medication

~~~~~~~~~~~~~~~~

Last time memang bersalin kat UMRA tapi taktau lah nak dtg sini lagi ke tak.. sebab pengalaman lalu kurang best sikit la.. KIV dulu la.. hehehe


4) Darul Ehsan Medical Centre (DEMC - Seksyen 14, Shah Alam)

Takda pakej tapi ikut review kata starts from RM2500 untuk normal delivery and rata2 akan dpt bil dalam RM3200 mcm tulah which is out of my budget

5) SALAM Shah Alam Specialist Hospital (Seksyen 19, Shah Alam)

Pakej Bersalin di SALAM

Normal Delivery

RM 1999.00


The package includes:
• Normal delivery without complication
• Consultation (O&G and Paeds)
• 2 Days 1 Night stay
• Room & Board (single/Double bed)
• Baby immunization
(BCG, Hepatitis B & Vitamin K)
• Meals
*inclusive 6% government tax

Excluding:
• Include, Forceps/Vacuum, Epidural
• Complication

Terms and Conditions:
• Deposit of RM 1000 required

Monday, October 7, 2013

Being Apart

" Sometimes you have to be apart from people you love, but that doesn't make you love them any less. Sometimes you love them more.”

Very true, indeed.

Dalam satu perhubungan, kadang kala kita perlu berjauhan supaya dapat memberi kita ruang dan peluang untuk berfikir tentang pasangan kita.

Mungkin disebabkan jarak akan membuatka  terbitnya perasaan rindu dan menghargai. Sebab pasangan kita tidak berada dekat dengan kita.

Bila satu hubungan tu sudah goyah dan seperti retak menati belah, just give a break. Orang yang berkahwin juga perlu berehat seketika untuk membetulkan semula apa yang tak betul.

Sebab tu ada ayat, "hantar saya balik rumah mak bapak saya" hehehe...

Tapi jgn pula ambil kesempatan bila pasangan kita jauh, kita pon mula nak bersikap curang. Apa perasaan anda pula jika pasangan anda yg jauh itu pon curang juga?

Untuk kehidupan pula kita juga perlu hidup berjauhan dari keluarga, kawan2 dan orang yg kita kenal. Duduk terlalu hampir dengan mereka tidak akan buat kita lebih matang.

Macam aku, aku tak suka dekat sangat dengan family. Tak bermakna aku x sayangkan mereka. Tapi aku tak suka rasa dependent.

Aku ada impian untuk migrasi ke luar negara. Aku nak tinggal di sana dan besarkan anak2 di sana. Paling lama pon 10 tahun la taknak lama2 sgt.

Kesilapan aku adalah selalu berfikir impian aku ni tak dpt tercapai sebab aku dah kahwin. Mesti suami aku tak nak pindah duduk jauh2.

Tapi sekarang aku dah tukar cara pemikiran aku. Nak tak nak dia kena ikut atau kalau dia taknak jugak dia boleh tinggal saja di sini. Takda masalah. Aku pon ada impian juga kan.. bukan dia sorang saja. Hehe

Semoga Allah akan makbulkan impian aku yg satu ni. Amin

Saturday, October 5, 2013

Fantasi seorang Blogger

Selama ni aku dok perati je blogger2 yg famous amos tu.. camna dorg boleh ramai follower dan ramai reader..

Salah satunya cantik.. errmm...yg ni susah skit nak percaya sebab byknya dah edit habis2an dah muka dorg tu.. sebenarnya xda beza pon dgn kita.. maybe adalah yg betul2 cantik.. tp yg biasa2 je sebenarnya lebih ramai

Kaya dan selalu menayangkan barang2 mewah.. haa yg ni pon ramai dok suka follow psl nak cuci mata nak tgk apa blogger tu beli

Selalu tunjuk pi sana sini, bercuti sana sini, tunjuk rumah, tunjuk pakai kereta apa.. kunun2 dgn x sengaja lah padahal mmg saja nak tayang..

Ye aku sendiri pon teringin nak jadi blogger gempak mcm tu..

Ada suami handsome kacak muda lagi bergaya.. berjawatan dan bergaji besar.. romantik baik sangat loving dan caring..

Ada rumah besar lagi cantik.. ada tv besar fridge besar katil besar washer mahal laman rumah yg cantik...ada maid yg tolong uruskan rumah..

Anak2 yg comel lagi bijak.. ini bkn fantasi utk aku la sbb anak aku mmg comel handsome pintar lagi bijaksana.. hahaha

Sambung lagi berfantasi.. kunun2 aku ni teramatlah cantiknya.. punyai life perfecto katanya.. everyweek pegi shopping beli designer brand sajok..

Pakai fancy car yg mmg bkn buatan malaysia lah.. konon2 belajar overseas tp bila dah kahwin husband suruh duduk rumah saja jaga anak2.. yelah suami kaya kan gaji puluh riban katanya.. huhuhu

Berkawan dgn org2 yg juga kaya dan cantik2 lagi famous.. contoh kawan dgn retis popular ke.. dengan anak2 dato tan sri.. anak kerabat soltan ke kan..

Siapa yg taknak life mcm tu?? Dah tentulah nak kan.. aku pon nak..
Tp malangnya life aku xlah seindah tu..

Kalau life sebenar aku mcm tu komfem aku dah famous amos dh sbb org akan follow nak tau cerita aku.. nak tgk apa yg aku ada..

Jadi org mcm aku ni amatlah tipis peluang utk jadi famous sbb xda benda menarik utk dikongsikan.. yelah hidup biasa2 saja.. harta pon xda.. rumah kecik... kereta biasa2 saja.. barangan berjenama pin xda.. Apa jelah yg nak ditayangkan?

Kadang2 sedih jadi golongan marhaen ni.. jealous bila tgk gambar org lain berseronok2.. gi bercuti.. gi shopping.. gi dating.. gi bersosial ngn kwn2.. akan buat kita rasa cam loser sangat2..

Bukannya tak bersyukur dengan life sedia ada.. tapi sampai bila kita nak jadi org biasa je..

Apa2 pon aku rasa ni semua terletak pada pilihan kita jugak.. jangan la salahkan takdir bila kita sendiri yg memilih

Aku mengaku mmg byk sgt buat pilihan yg salah dalam hidup ni... kalau lah aku boleh putarkan semula masa dan betulkan semula life aku ni.. aku nak balik time blajar2 dulu.. aku nak belajar betol2 dan xnak lgsg bercinta cintun membuang masa jekk.. serious.aku menyesal!!!

Tapi apakan daya kan... so klu kita xleh betulkan masa lalu.. mesti kita boleh betul kan masa sekarang dan akan datang..

Aku citer psl fantasi ni bukan apa.. kan tgh kecoh pasal ada org menyamar sebagai perempuan dan ngorat sorang footballer ni.. siap declare in relationship bagai.. tp sebenarnya faker!

Curik gambo awek cun mana ntah.. tp mmg cun n cute la mcm agnes monica.. siap david teo soh hantar profile lagi kat MIG.. huhu yg sadisnya dorang siasat2 berkemungkinan si faker tu adalah lelaki lembut aka pondan.. horror siut!

Menyamar sebagai Lela Jamaluddin.. anak org kaya, belajar di melbourne.. tapi english sgt hampeh & bahasa melayu pon habes rempit. Tak sepadan dgn muka yg cantik tu. Sbb tu ada yg suspicious dia tu faker.

Kesian pulak bila memikirkan dah xda kerja ke nak menyamar jadik org lain.. mesti real life dia sadis sbb tu nak jadi org lain..

Aku pon selalu jadi org lain tapi bila nak tido tu la feeling2 jap tau2 terlena.. mimpi best2 pastu terjaga terus keciwa sbb dah kembali ke dunia asal yg kijam.. kenapalah tak boleh terus bermimpi.. huhu..

Maybe aku ni kedengaran seperti org hilang keyakinan.. biasanya juga org yg nak jadi org lain mmg xda atau kurang keyakinan diri

Satu2nya perkara yg aku xnak ubah dlm life aku adalah anak lelaki aku.. yg lain2 klu boleh tukar jalan cerita.. mmg aku tukar habis 360 darjah tapi anak aku tetap remain the same.. sapa x syg anak oiii! Igt senang nak beranak???

tapi x kesah la life kita camna pon janji jgn la menyamar jadi org lain dan menulis kisah fantasi di blog.. mcm kes bvlgarigirl tu.. huhu

Apa2 pon kita haruslah usaha utk sama2 mengubah nasib dan hidup kita ke arah lebih baik. Kalau nak maintain loser je baik ko xyah hiduplah nyusahkan org lain jekk..

Adios!

Bunga-bungaan

Sempena aniversari yg ke 4 hari tu.. encik suami hadiahkan aku bunga..
Aku suka bunga tapi xdelah suka sangat2.. aku lagi prefer dihadiah sesuatu yg lebih bersifat kekal atau tahan lama.. tapi org dah bagi amek jelahhh...

Memang tiap2 tahun aku akan dpt bunga.. setahun sekali jelah.. last year dpt masa birthday.. this year anniversary pulak..

Anyway terima kasih wahai encik suami kerana menghargai diri isteri mu ini ♥

Happy 4th Anniversary!


Alhamdulillah dan syukur kepada Allah swt,
 usia perkahwinan aku dan suami telah pon mencecah 4 tahun
baru je lagi kawen.. hehehe 



Alhamdulillah sepanjang 4 tahun ni aku ok saja hidup dengan dia
tipulah kalau kata kami ni tak pernah bergaduh
tipulah kalau kata tak pernah ada upside down kan
kalau sesuatu relationship tu mendatar saja graf nya.. cam boring pulak sbb takda spark
sesekali bergadoh berhentam tu ok gak apa
bila dah baik semula tu akan nampak kesalahan diri dan boleh bermuhasabah =)

Aku mmg tak banyak bercerita pasal suami aku
dia pon agak misteri orangnya
dan aku plak jenis reserved
elok sangatlah tu kitorang dua orang
jadiklah cam katak bawah tempurung
to be honest kitorang mmg x bercampor dengan orang sgt
biasanya kitorang habiskan masa dengan family sajek

oklah just nak bagi summary tentang perkahwinan aku dengan suami
kitorang selamat dinikahkan oleh abah aku pada 2 oktober 4 tahun yg lepas
bertempat di surau depan umah aku
masa tu pengantin laki sampai lambat
tapi kitorang cool saje takda bising2 pon pengantin lambat ke apa

dorang stuck dlm jem kat federal highway
ofkos la jem masa tu hari jumaat pastu gerak lepas maghrib dari shah alam
tentu2 org sesak nak balik dari kerja
janjinya lepas isya' tapi rasanya cam 9 lebey baru dorang sampai
aku pon time tu tgh nervous2 cuak so takpelah lambat pon
seb baik kwn2 aku ada so xdelah cuak sgt





*untuk info semua.. aku mekap sendiri tau masa nikah ni.. nak jimat uolssss
lagipon sebab taknak mak andam mekapkan tebal2 time nikah
masa nikah aku nak nampak muka suci lagi murni

Majlis pernikahan tu berlaku terlalu pantas
tau2 je aku dah sah jadi isteri dia
hehehe...
dah la aku blur sbb sebelum tu x pernah tgk org menikah
so xtau proses nya camna
tapi aku tak menangis pon lepas nikah
hati kental kot.. hehe


masa ni tengah dengar pakcik jurunikah tu bercakap-cakap
abah aku memang kenal pakcik ni.. so memang dah pesan jangan panjang cerita kasi cepat je.. huhuhu
kebetulan pengantin sampai lambat.. so jadi makin cepat la
kalau tak mau kena tarbiyah dulu laki aku tu
nasib baik pakcik ni baik.. terima kasih pakcik =)


menggigil masa pakcik jurunikah ni explain kat aku
walupon aku agak blur masa tu


yeah abah aku yg menikahkan kitorang masa tu


muka cuak suami aku ni.. aku yg kat blakang pon dah blank dah sbb takut nervous seram cuak semua ada


Alhamdulillah dengan sekali lafaz sajok kami sah menjadi suami isteri.. yeehaaa!


muka happy lepas selamat di nikahkan.. hehehehe

* lepas suami aku selamat lafaz nikah.. kami berdua terasa seakan bergegar
mcm gempa bumi kecil gitu.. tu pon dia tanya aku lepas beberapa minggu kitorang dah kahwin
aku blank & gelap sekejap lepas dia lafaz tu.. tp takdalah misteri ke apa.. huhuhu
mungkin semua org yg bernikah pon rasa gitu kot
aku xpenah lak tanya kat org lain kan




dah halal dah untuk berpegangan
malu plak masa ni nak salam tangan suami.. hehehe
nasib baik takda yg mengusik2..


Lepas je selamat dinikahkan semua para tetamu turun kebawah surau untuk majlis makan malam pulak
malam tu aku xleh nak telan nasik maybe sebab nervous x habis lagi.. huhuhu



Kat umah plak ada buat mini pelamin.. sbb masa bersanding buat kat dewan so kat rumah mcm xda apa..
tu yg saja buat pelamin kecik ni untuk bergambar gedik2.. huhuhu



bergambo dengan ahli keluarga. serious aku rasa pelamin aku ni nak  roboh
pasal dorang taruk board kat atas rangka besi je..
takut giler aku roboh ke patah ke..
malu laaa pengantin nanti.. huhuu



Hadiah hantaran 9 berbalas 11. bila kira hadiah dari pihak aku ada 12 pulak
tapi yg cincin tu x kira.. huhuhu


Doakan kami bahagia dan happy sehingga ke syurga =)

Monday, September 16, 2013

Perempuan tak boleh Malas

Perempuan tak boleh malas.. lagi2 bab menjaga kecantikkan.. lagi2 plak suami/pasangan anda dah mula tunjuk tanda2 curang kecil.. dalam entri ni aku cita pasal suami la yek.. psl aku dah bersuami.. xkan nak cita pasal bf plak kan.. oppss ada ke?? hahaha

Alkisahnya wanita, isteri lebih2 lagi yang dah jadi ibu.. bila umur semakin meningkat.. beban kerja pon makin bertambah.. mesti dah xda masa nak berhias mencantikkan diri.. kalau org tegur "kau ni cuba cantik2 sikit" mesti kita jawab "alaa xpelah sapa nak tengok pon.. suami aku je" ingat suami kita tak kesah ke kalau kita comot2 selekeh... of course dia ckp "abang tak kesah" tapi pastu mata dok meliar tgk pompuan cun lain
lagi2 plak skang ni medium bersosial semakin terbuka dan luas dengan adanya facebook, twitter, whatsapp, wechat, bbm dan mcm2 lagi lah.. so scary u know. nak berkenalan dgn lelaki atau perempuan sangat lah mudah. semuanya hanya di hujung jari

jadi kita para isteri lebih2 lagi yg hanya duduk rumah tak keluar bersosial dan tak jumpa orang
macam aku ni lagi kerja kat rumah je.. what should we do??? kalau suami kita tu mmg jenis merenyam.. mmg xleh buat apa lah kan.. redha jelah kan.. tapi yg bahaya jenis muka baik.. konon2 tak layan pompuan..
tapi dia la yg paling suka melayan.. pantang ada org msg kat hp sikit.. menggalak je nak reply kan

pompuan pon ada je jenis yg menggalak n merenyam ni.. biasanya yg ada title J dan bini2 org yang tak sedar diri.. contoh mcm isu Adiputra yg berskandal dengan bini orang.. org gelar nama pompuan tu Aida KPOP sebab gambo2 semua mcm kanak2 riang padahal umur 30 dah.. siap bereben kat kepala.. sangat tak sesuai.. yg lagi best dia tu bini no 2 kepada lelaki tua umur 56 thn. so boleh pk sendiri lah kan kenapa si aida kpop tu nak menggatal ngan si adi. si adi tu plak lelaki. mana2 lelaki pon sama je. pakai serban berjubah bagai solat tak tinggal tp bila ada pompuan mula nak try.. dia pon mesti melayan punya. toksah ler tunjuk baik sgt

dalam isu dorang tu pon ramai juga salahkan bini Adi yg namanya Aida juga. kita panggil aida gebu la. asalnya dia mmg cantik comel kurus. dengar cerita kaya orgnya. Aida gebu ni tak jaga badan n tak jaga penampilan. dok pakai serkup ala2 snowcap tu. laki ko tu dah la selebriti idaman ramai. cuba lah pakai elok2 sikit. diet ke, pergi fitness centre ke. kalau nak bertudung, pakai betul2. kalau taknak, xyah pakai langsung. ramai jugak la yg mengutuk. tp ada kebenarannya kan. sebab lelaki mmg xleh nak buat apa. tengok primary photo cun sikit ala2 gambar ahli kumpulan kpop terus nak melayan. cuba kalau gambo makcik tua lagi gemuk. mahukah laki itu melayannya? fikir-fikirkan

dalam isu kehidupan kita pulak, hendaklah semuanya bersederhana. nak berhias bercantik pon jangan terlalu over nanti rupa dah mcm apa pulak kan. biar sweet2 sedap mata memandang. kalau org lain x pandang, biar kita yg pandang sendiri. kalau kita dah bercantik tapi suami buat dont know je. perlantakkan dia. kalau dia rasa dia je yg boleh nak menggatal. korang pon boleh gak. kdg2 laki ni kena diajar jugak. dia buat takpa. kita tak leh plak. eh banyak hensem muka dia.

tapi korang jgn pk aku nak ajar korang jd curang pulak. takda class la curang2 ni. very cheap u know
org yg suka melayan dan suka dilayan ni bagi aku cheap sangat.. kategori "pelayan" kita dengar nama pelayan pon dah cam low class bunyiknya kan

korang bayangkan ni.. korang adalah sebutir permata yang sangat bernilai.. di kawal rapi.. xda org boleh pegang.. takda yang mampu nak dapatkannya.. boleh tengok dari jauh je.. entah2 nak tengok pon x dapat.. letak kan diri kita di tempat permata itu.. betapa tingginya nilai diri kita ni.. berbanding dengan permata palsu yang jual kat pasar malam.. semua org boleh pegang.. "kak nak try boleh" pastu x beli pon sebab x cantik.. murah dan fake

so korang pilih nak jadi yg mana.

memang. aku tau rasanya bila dpt tau suami kita curang. sebab tu aku kata dorang ni kena diajar
tapi korang jangan lah sampai bagi nasik kangkang kat laki plak.. dosa teruk dah tu
ajar skit2 sudeh.. klu takleh selamat kan.. biarkan je dia.. redha dgn ujian yg Allah bagi kat kita
apa2 pon korang jgn rasa kalah.. jangan rasa dunia dah sampai ke akhirnya..

cinta kat dunia ni cinta palsu.. cinta tipu dan cinta sementara
jadi carilah cinta sejati lagi cinta abadi
Mohon pada Allah agar kita akan mendapat suami yg terbaik di syurga nanti
laki ingat dia je ke dpt bidadari?? abis pompuan gigit jari je ke masuk syurga nnt?
huhuhu yg ni aku x leh pastikan lah psl aku pon belum masuk syurga dan entah apa nasib aku kat sana nnt kan.. aku pon xtau.. tapi pasti ada ganjaran utk para wanita yg sabar
ikut kata Allah. bukan kata suami. lagi2 suami ygtak guna & x leh pakai.

akhir kata peliharalah diri anda dari melakukan perkara yang sia-sia
letakkan diri anda di tempat yg paling tinggi dan tiada siapa dapat menggapainya kerana diri anda sangat bernilai
tolong jangan buat diri anda nampak murah
perempuan tak boleh malas!!

wassalam



Kau fikir kau siapa
Cinta ini kau buang saja
Ku tak perlukan memori
Dan kau tak perlu kembali

Kau fikir ku apa
Siang malam engkau yang punya
Kau datang dan kau pergi
Kau buat aku begini

Oh lelaki
Tak guna ku berikan semua

Banggakah dirimu
Kekasihmu sahabatku
Rupanya selama ini
Dia menaruh hati

Kadang kala aku terfikir
Kau berikan nya janji yang sama
Dan kau katakan pada ku oh
Sepuluh tahun yang lalu
Oh lelaki
Tak guna ku berikan semua

Ini rupanya kau balas kembali
Semua yang ku beri
Tak pernah mencukupi
Kau bukan lagi yang aku kenali
Perempuan seperti ku
Tak ingin bersamamu

Dahulu kau bukan begini
Kau hancurkan hati
Ku yakin dahulu
Kau bukan
Kau bukan
Kau bukan

Saturday, September 7, 2013

Majlis Nikah, Khatam Al-Quran dan Cukur Jambul



Alhamdulillah adik ipar aku merangkap adik pompuan kepada suami aku dah selamat bernikah pada 31/8 tempoh hari. Tahniah kepada kedua pengantin. Semoga berbahagia sehingga ke syurga =)



Sebelum majlis nikah, pada hari yg sama juga telah di adakan terlebih dahulu majlis khatam al-quran dan cukur jambul.
cukur jambul baby sufi merangkap anak buah pengantin
(jangan korang ingat cukur jambul anak pengantin plak.. mengundang namanya..)




Rasanya mekap tu ok cantik je kan.. tapi aku telah diminta untuk touch up semula mekap yg tukang mekap dah buat sebelum ni.. sebab katanya nampak daring n garang.. so aku pon touch up la tone down kan mekap tu.. permintaan dari pengantin dan ibu pengantin sendiri iaitu mak mertua den.. hehehe


Ini lah Nurrun Harithah Suffiyah yg di cukur jambulnya pada hari tu
tak sure betul ke tak eja namanya tu.. tapi sedap sangat namanya
budaknya pon baik & cool sangat.. takde nak nangis x tentu pasal.. nangis bila perlu saja
bila tgk org bercakap mesti dia senyum2.. suka sangat tgk dia
sangat2 relax budaknya
sayang sgt sufi mak ngah niii



The Proud Father & Mother of 3 Princesses
Along & Kak Long aku ada 3 orang Puteri
Yang kecik comel putih melepak tu nama nya Asyiqin
sebaya ngan anak aku nak masuk 3 tahun
Yang baju biru belakang tu excited tak sabo nak ada baby.. haha ye kee??



Yang ni puteri sulung mereka namanya Ameera
budak ni x padan kerja nya nak melawo saja.. 
tapi biasa la budak pompuan 



Nenek mencukur jambul Sufi



Giliran Atok pulak cukur jambul Sufi



Satu-satunya cucu lelaki atok & nenek buat masa skang ni iaitu Ahmad Lais
tapi dia yg paling kuat sentap & mengada.. adoi pening kepala aku



Baju melayu lengan pendek dijahit khas utk budak laki yg kuat melasak
supaya dorang x rasa rimas dan berpeluh2
budak biasalah bukan mau duduk diam kan
ni pon pasal anak aku sorang ni fobia dengan baju melayu yg ada kolar tu
baru tunjuk je baju dah menjerit taknak 
terpaksalah soh tailor jahit baju baru untuk dia
haih macam2 anak bujang aku sorang ni
anak dara 3 org tu pon tak macam2 



dah macam nora danish plak aku tgk adik ipar aku sorang ni.. hehehe
skema lak rupa aku pakai tudung ala bawal gitu..



Akak Ipaq dan Adik Ipaq



Ok hero-hero pengantin dah turunn



3 down.. tinggal adik je sorang yang tinggal.. adik jangan kawen cepat sangat.. hehehe



Ini adalah hadiah hantaran dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan
handbag cap G itu mencurik perhatian ku.. huhuhu
hantaran pompuan ke laki lupo plak nak snap.. x sempat langsung

so far ni lah liputan aku untuk majlis istimewa adik ipar aku ni



Akhir bicara, Selamat Pengantin Baru buat Erna & Ikhwan
Ikhwan jaga Ena baik2 ye! Dia mmg degil sikit tapi dia baik sopan santun hormat org tua cantik pulak tu pandai masak.. hehehe
semoga bahagia akhirat dan dunia. jangan lupa tanggungjawab masing2 =)
luv u both .. peace..