Pages

Happy Heart > Happy Soul > Happy Mind > Happy Love > Happy Life

Sunday, June 5, 2011

Hadiahkan Doa untuk Ibu Bapa kita setiap hari


Dah lewat sgt dah ni tapi x kira nak post jugak entri penting ni
kebanyakkan entri yg akak baca semua nak tolong mak ayah.. bagi mak ayah..
akak sokong sgt2 niat murni kamu semua tu
walau mungkin kita x mampu nak beri semua pada mereka
tapi akak percaya kamu semua mesti mampu nak mendoakan untuk mereka kan?

Rassulullah SAW pernah bersabda :


"Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)” Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.."

Huraiannya :
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus-putus berdoa untuk kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah lah tangan kita dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT.

Kesimpulannya :

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (seperti makanan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya)

Sangatlah senangnya untuk kita berbakti kepada ibu bapa kita
jangan lupa mendoakan untuk mereka
ini adalah salah satu cara kita nak tolong mak ayah kita
insyaallah rezeki kita akan bertambah dengan izin Allah

kadang2 mak ayah kita ni bukan nak sgt duit kita
dorang lebih nak kan kasih sayang dan perhatian dari kita
lagi2 kalau kita duk jauh ngan dorang..
so selalu2 lah korang balik jenguk mak ayah korang ye

antara doa yang boleh korang amalkan




semoga dengan cara ini kita boleh menggembirakan dan membahagiakan mak ayah kita
insyaallah

p/s i luv u mama & abah. i really do