Pages

Happy Heart > Happy Soul > Happy Mind > Happy Love > Happy Life

Thursday, April 17, 2014

Bersalin di UMRA untuk kali kedua

Walaupun aku pernah berkata tak mahu bersalin di situ lagi.. tapi akhirnya aku mengalah dan telah beranak di situ gak! hahaha tu la sombong sgt.. sebenarnya aku x ingat sgt apa kes yg buat aku xnak gi situ. sudahnya ke situ gakkk.. poyo kan??

Anyway, just wanna make it short for this entry. masa aku bersalin tu ward full house ok. time aku nak bersalin tu pon ada 2 orang lagi jugak nak bersalin. aku sampai dulu tapi aku yg last sekali bersalin. huhuhu

Maigaddd sakit rupanya nak bersalin. aku tak pernah rasa sakit nak bersalin. masa bersalin Lais dulu xdok rasa apa sgt. sakit jahit je. tu pon idak ler sakit. kali ni mmg rasa lah sakit.. rasakannnn

masa last time aku bersalin. best sebab dilayan bak VIP. siap tolong mandikan semua. malu haku
tapi kali ni nan hadooo. dulu ada lah gak dorg hantar milo panas pepagi sebab kat umra kat excluded meals. ni apa pon takde lah.

masa aku dtg tu bilik dah full tinggal suite room je. single room je idak suite mana sgt. tp luas & selesa la. anak aku seronok la lari sana sini dlm bilik tu

aku check in ward kol 12 tgh malam kot. aku bersalin kol 2.06 pagi. masa tu mama abah mak mertua pak mertua aku semua takde. abah ngan mama aku balik kluang sbb mak long aku meninggal sehari sebelum tu.
mak pak mertua aku gi cuti2 di PD. tinggal lah kami 3 beranak. nak taknak kena bawak lais duduk ward sama.

alkisahnya masa aku nak terberanak sgt dah tu, kitorang tinggalkan je Lais sorang2 dalam bilik. nasib baik la dia tido. kalu tak husband aku xleh ikut sama masuk labor room. aku kalu dia takde mau xleh nak beranak. sbb sakit teramat dia je leh tenang kan aku. dah la doctor yg menyambut tu garang. tp bagus gak garang. cepat keluar anak aku.. 10 minit je dalam labor room tu huhuhu . Lais bangun tau2 dah ada adik dah.. hehehe

oklah kalau nak bersalin kat sini sbb kos dia agak berpatutan. bil aku hari tu lagi rm3 nak rm2K
murah la kan.. bilik single lak lagi.. termasuk kos vacum baby.. anak aku kena vacum sbb aku xleh nak push dah.. sebelum tu aku dah tarik selimut nak tido dah sementara tunggu masa nak bersalin.. mmg dah ngantok letih.. x sangka lak dah nak terberanak.. huhuhu

yg x bestnya kat umra sbb dia xda sediakan makanan.. adalah nurse tu dtg offer belikan makanan. tp dia kata bukan makanan pantang pon. beli kat kedai tepi tu jelah kot. baik xyah. apa salahnya amek catering ke.  ward selalu penuh kot. akak cleaner kat situ sempat bergosip ngan aku.. dia terkejut sbb bilik aku dok tu dia baru kemas sebelum dia balik. paginya datang dah ada org masuk.. aku ler tu.. dia kata kaya diorang tu orang datang beranak tak putus2.. huhuhu

kalau nak buat checkup pon bercinta tunggu lama.. dah mcm gi KK je.. mmg aku gi KK je bawak anak aku checkup semua. lagi cepat kot kat KK seksyen 19 tu.. kerusi pon banyak boleh duduk. so far ok laaa.. free je pon.. Lais dulu pon free je cucuk semua walaupon x gi KK. sbb insurance husband aku cover. kali ni saja la nak test checkup kat KK plak

kalau korang nak bersalin kat UMRA rasanya ok je. kat situ pon semua nya pakar. doctor pon baik2. kecuali ada sorang doctor foreigner nama Iman kot.. entah. cam harem jee.. yg lain semua so far baik2 je.
masa aku check up dgn dr. Ummu tu dia kata jumpa lagi untuk anak ketiga. aku gelak je dalam hati I DONT THINK SO! hahaha

oh yaa aku x inroduce lagi anak aku.. nanti lah. anak aku dah nak masuk 2 bulan dah.. nanti aku buat entri khas untuk anak kedua aku. bila xtau la. cuba merajin kan diri utk selalu update blog

bersalin di UMRA Yay or Nay??? jawapan aku Yay! tapi untuk korang yg x cerewet dan jenis x kesah sgt oklah kut. asal selamat beranak n nak cepat balik je. sbb servis mmg dorang kena perbaiki lagi. and besarkan lagi hospital dorang tu. tapi harga dah naik. last time aku kena rm1200 lebey je.. skang dah rm2000. jarak masa 3 tahun lebey je pon.. huhuhu

oklah thank u sebab sudi baca dan thank u for your time. jumpa lagi!