Pages

Happy Heart > Happy Soul > Happy Mind > Happy Love > Happy Life

Thursday, November 20, 2014

Happy 4th Birthday Ahmad Lais

Yeahhh.. Seperti yang telah aku jangkakan dari tahun lepas.. Tahun ni lais akan potong kek 4 kali sempena birthday yg ke 4! Giler marathon kek.. Huhu
Tapi birthday lais kami buat biasa2 je.. Takde la buat party. Sambut sesama kami je. Sbb lais suka birthday so ramai la yg sponsor dia kek. Just to make him happy  untung Lais tauu
1st potong kek kat sekolah dia. Teacher dia send gambo. Lais muka cuak jee.. Yelah 1st time sambut birthday ngn orang lain.. Huhu



Terkeluor lidah control nervous la tu.. Mesti org tgh nyanyi lagu birthday.. Dia xtau nak buat expression apa.. Huhu


Ni plak gambar lais dgn classmate dia.. Lais dok kat side budak notty2 je.. Huhuhu side belah sana nampak budak bebaik sikit..Huhu.. Budak lelaki kan biasa mmg notty2 tp dorang ni bijak2. lepas dari sambut birthday ni lais terus demam teruk seminggu
 tak pergi school and takdelah pegi masa last day..




Masa potong kek kedua ni lais dah mula demam so muka mcm x kuasa nak layan je. Tp sebenarnya dia excited sbb ada kak ameera ngan asyiqin dia. 



Beli kek ni pon psl dah janji kalau pegi klinik jumpa doctor mimi belikan kek. So mcm terpaksa jelah dia jumpa doctor. Aqib pon x sehat juga. Selsema dan batuk2. Kesian anak2 mimi





Kek ketiga disponsor oleh lola dia. Untung la lola syg dpt kek angry bird. Huhu kitorng mmg takda masak2 makan just tiup lilin potong kek je. Hanya nak bagi lais seronok. Mmg seronok laa asik tiup lilin je kan



Acum hadiahkan mainan spiderman.. Beli kat kedai biasa2 je.. Takpelah janji ada kann.. Janji ingat.. 





Last sekali atok sponsor kek angrybird lagi!  adoii muak asik kek angrybird je.. Huhuhu semua untuk Lais..



Umi takda bagi lais hadiah pon.. Sbb hari2 umi belikan lais mcm2 lais paw umi ngn walid kan.. Hehehe..
Umi syg lais sgt2.. Umi hanya mampu berikan kasih syg umi yang takda berbelah bagi kat lais.. Walaupun umi garang suka marah2.. Tp lais tau kan umi tak marah umi syg..
Umi syg sgt lais.. Umi syg sgt aqib.. Umi syg anak2 umi.. Umi minta maaf kalau selama ni umi tak menjaga lais & aqib dengan baik.. Umi minta maaf kalau umi marah2 sampai anak2 umi terasa dan berkecil hati dengan umi.. Umi minta maaf anak2 umi syg..
Semoga anak2 umi berjaya dengan cermelang dunia & akhirat. Umi sentiasa doakan kesenangan dan kebahagiaan anak2 umi. Semoga kita akan sentiasa bersama sehingga ke alam abadi. You two will always be my baby

Friday, November 14, 2014

My 2nd Son

Baru aku terperasan. Aku asik tulis pasal Lais je. Pasal Aqib xda. Nanti org kata aku bias. Hehehe aku syg anak2 aku sama rata. Kena marah jerit pon dua2 kena gak. Nasib la kome dpt mak garang

IMG_0025.JPG

Ok ini dia Ahmad Aqib Arrasyid. My 2nd son. Ya memang tak sama muka mcm abang dia. Aqib berkulit gelap. Muka agak gangster & garang. Agak serious orangnya. Jarang senyum. Tapi sekali senyum comel je. Aqib ni aku rasa x berapa nak comel. Tp dia hensem.

IMG_0042.JPG

Apa yg aku perasan dia ni mcm pemalu sikit org nya. Kalau org usik2 dia senyum pastu tunduk pandang bawah. Malu la pulok.

IMG_0066.JPG

Sweet kan dua beradik ni. Aku rasa dorang akan jadi sangat rapat bila besar nanti. Sekarang ni pon aku nampak yg Lais mmg syg kan adik dia. Walaupon dia suka kacau2 tu biasalah. Tali pusat diorang aku letakkan sekali dalam satu uncang.
Mula2 aku genggan dua2 tali pusat dorang pastu aku baca Al-Fatihah. Kalau korang buat, mesti korang akan rasa getaran/vibration/energy yg kuat.
Lepas tu aku berniat. Aku tak ingat exactly apa yg aku niatkan. Tapi aku mohon pada Allah supaya mereka dua beradik ni akan rapat, baik, sayang menyayangi dan jaga antara satu sama lain. Lebih kurang mcm tu la. Pastu aku letakkan dua2 tali pusat tu dlm satu uncang dan kemudian simpan. Tp skang aku pon x igt kat mana aku simpan uncang tu.. Hehehe
Cerita pasal tali pusat.. Alhamdulillah yg best nya dua2 anak aku walid dia yg potongkan tali pusat dorang masa baru lepas lahir. Ala2 rasmi potong reben la.. Hehehe taktau kat hospital lain tapi anak aku dua2 lahir kat Hospital UMRA. Dorang mmg practise benda tu kot.

IMG_0310.JPG

Aqib baru nak masuk 9 bulan so takda benda sgt nak cerita pasal dia. Setakat ni dia dah praktis berdiri lepas tangan nak kuat kan kaki. Sikit lagi berjalan la budak tu. Tapi gigi takdak tumbuh lagi.


IMG_0237.JPG

Ni gambar Aqib dgn Hasya sepupu dorang. Tengok kemain sengih lagi aqib bila main sesama. Aqib ni bkn senang nak senyum.

IMG_0329.JPG

Ada yg kata Aqib ni ikut muka aku. Ada gak yg kata ikut muka walid. Kitorang pon confused sebenarnya anak2 kitorang ni ikut feature sapa. Sebab lain je rupanya dari kami. Tulah mak ayah x semenggah dpt anak hensem2. Bila jalan org dok pandang je. Dah la ada yg kata Lais tu anak angkat. Sentap mak meneran nak keluarkan dia.






Tak sabar pulak nak tunggu birhday aqib setahun bulan dua tahun depan. Besar dah anak2 umi.
Alfateh, Arrasyid, Alquddus, Assafa… Hehehe assafa tu yg tetiba masuk list.. Safra yg nak di Al kan jugak oleh Lais. Semua ada Al napa umi takde kan.. Tu yg jadi Assafa tu.. Boleh laaa janji masuk list.. Hehe
Sekian

Thursday, November 13, 2014

Lais Birthday - Preparation

Bersedialah utk makan cake secara marathon!! Bulan november adalah bulan paling banyak beli kek. Bukan ramai yg birthday bulan ni. Birthday Lais sorang je tapi celebrate nya berkali2.




Masa 1st birthday kek sebijik je. Lola buatkan kek special utk lais gambar angrybird.






2nd birthday dua kali tiup lilin makna kata 2 bijik kek lah. Satu kek tiup kat cheras. Satu lagi kat shah alam.




IMG_0416.JPG

3rd birthday 3 kali tiup lilin bersamaan 3 bijik kek semua utk dia saja. 1 kek tiup umah lola. 1 kek tiup umah atok btr. 1 kek lagi tiup rumah shah alam.
Ni 4th birthday tak tau lah berapa byk kek dia. Takkan 4 bijik pulak?! Pengsan!
Tadi dah beli sebijik kek angrybird nak hantar gi sekolah celebrate dengan kawan2 esok. Wah 1st time anak mimi nak celebrate birthday sendiri dgn kawan-kawan. Why do u grow up so fast
Actually kat sekolah dia ada deepavali dgn children’s day celebration. Alang2 dah celebrate tu aku tanya la boleh ke nak bawak kek utk sambut birthday. Teacher kata boleh aku pon terus la roger walid dia. Balik kerja terus gi carik kek utk anak bujang yg sulung.
Siang tadi aku dah soping kat tesco utk buat party pack. Tak banyak pilihan so apa adanya jelah. Lagipon tak sempat nak prepare cantik2. Alah bebudak tu dpt je dikoyak kan je semua nak amek yg kat dalam tu.. Huhuhu alasan sebenarnya x sempat nak cari brg best2
Aku mmg ada plan nak sambut birthday lais kat sekolah. Tapi next week. Sbb birthday lais pon 20hb. Hari ni baru 14hb. Tu yg jadi mcm tangkap muat je.
Tapi lais nampak excited je nak pegi school jap lagi. Sbb aku dok ckp nnt makan dgn kawan2 kat school tau. Beli kek pon xde ngamok nak suruh potong sbb dah ckp nak bawak gi school.
Budak2 mmg azali nya seronok nak sambut birthday. Tak kira la birthday sapa pon mesti dorang cam happy n excited. Aku je kot yg x happy bila birthday sbb makin tua.. Sighhhh




Selekeh pulak rupa party pack ni.. Haha! Serious tu je yg termampu sbb mmg x sempat. Tadi pon kitorang ada kat butik sampai kol 12 malam. Sampai umah terus nak tidokan budak berdua ni. Mata pon dah berat.. Terima jelah hasil yg x seberapa. Next year umi buat cantik2 ye.. Hehe


Item dalam party pack tu semua pilihan lais lah. Aku nak amek yg lain, dia nak yg tu gak. Ikut la birthday dia kan.. Aku tukang bayo jee
Aku tak ingat la masa aku kecik2 dulu ada ke party pack ni semua.. Pernah ke aku sambut birthday kat sekolah..mcm x pernah jee.. Huhuhu.. Sebab aku tak merasa la aku nak anak aku merasa semuanya..
Harap2 esok teacher akan send gambar lais sambut birthday byk2.. Sedih pula rasanya sebab anak dah besar… Ni baru 4 tahun.. Nanti tau2 dah masuk sekolah rendah.. Pastu habis sekolah masuk universiti pulak.. Pastu kerja.. Pastu kawen.. Huwaaaaaa 
Sekian

Wednesday, November 12, 2014

First Family Potrait by Lais

Bagi other parents takat anak lukis org lidi tu apa yg nak kecoh sgt kan.. But for me and husband, ini adalah sejarah!
Sebagai ibu bapa kepada generasi anak versi ipad ni.. Mmg byk masalah skill development anak2 yg kami hadapi.. Igtkan dah bagi anak ipad mahal2 dah cukup bagus.. Rupanya x bagus. Ada pros & cons. Nanti aku akan ulas di entry lain.
IMG_0256.JPG
IMG_0260.JPG
Memula masa dia tunjuk dia lukis ni aku igt dia lukis gambo pokok bunga. I was like…
Umi : Good job abang lukis flower
Lais : eh bukan flower la. Mimi
Umi : Mimi ke ni? Ok cantik pandai abang lukis.. *pasrah*
Pastu dia terus sambung lukis walid, adik dan gambar dia. Walaupon x berupa sgt tapi rasa happy tgk usaha dia. Ni semua lepas hantar dia trial class kat satu sekolah dekat2 rumah ni. Baru satu kali pergi sekolah balik dah nak melukis.
Kalau tak dulu harem Nak pegang pensil ke apa asik melekat ngan ipad. Bagus jugak lah ipad dia tu dah rosak. Its just about time. Aku pon taknak repair dan xde rasa nak belikan baru.
IMG_0263.JPG
IMG_0266.JPG
Terharu sgt lais lukis gamba mimi walaupon serupa pokok bunga. Takpelah janji dah nampak perubahan dan kerajinan tu. Lepas ni kena teruskan usaha mengajar dan melatih lais ni kalau nak hantar sekolah tu next year. All the best utk lais!!

Thursday, April 17, 2014

Bersalin di UMRA untuk kali kedua

Walaupun aku pernah berkata tak mahu bersalin di situ lagi.. tapi akhirnya aku mengalah dan telah beranak di situ gak! hahaha tu la sombong sgt.. sebenarnya aku x ingat sgt apa kes yg buat aku xnak gi situ. sudahnya ke situ gakkk.. poyo kan??

Anyway, just wanna make it short for this entry. masa aku bersalin tu ward full house ok. time aku nak bersalin tu pon ada 2 orang lagi jugak nak bersalin. aku sampai dulu tapi aku yg last sekali bersalin. huhuhu

Maigaddd sakit rupanya nak bersalin. aku tak pernah rasa sakit nak bersalin. masa bersalin Lais dulu xdok rasa apa sgt. sakit jahit je. tu pon idak ler sakit. kali ni mmg rasa lah sakit.. rasakannnn

masa last time aku bersalin. best sebab dilayan bak VIP. siap tolong mandikan semua. malu haku
tapi kali ni nan hadooo. dulu ada lah gak dorg hantar milo panas pepagi sebab kat umra kat excluded meals. ni apa pon takde lah.

masa aku dtg tu bilik dah full tinggal suite room je. single room je idak suite mana sgt. tp luas & selesa la. anak aku seronok la lari sana sini dlm bilik tu

aku check in ward kol 12 tgh malam kot. aku bersalin kol 2.06 pagi. masa tu mama abah mak mertua pak mertua aku semua takde. abah ngan mama aku balik kluang sbb mak long aku meninggal sehari sebelum tu.
mak pak mertua aku gi cuti2 di PD. tinggal lah kami 3 beranak. nak taknak kena bawak lais duduk ward sama.

alkisahnya masa aku nak terberanak sgt dah tu, kitorang tinggalkan je Lais sorang2 dalam bilik. nasib baik la dia tido. kalu tak husband aku xleh ikut sama masuk labor room. aku kalu dia takde mau xleh nak beranak. sbb sakit teramat dia je leh tenang kan aku. dah la doctor yg menyambut tu garang. tp bagus gak garang. cepat keluar anak aku.. 10 minit je dalam labor room tu huhuhu . Lais bangun tau2 dah ada adik dah.. hehehe

oklah kalau nak bersalin kat sini sbb kos dia agak berpatutan. bil aku hari tu lagi rm3 nak rm2K
murah la kan.. bilik single lak lagi.. termasuk kos vacum baby.. anak aku kena vacum sbb aku xleh nak push dah.. sebelum tu aku dah tarik selimut nak tido dah sementara tunggu masa nak bersalin.. mmg dah ngantok letih.. x sangka lak dah nak terberanak.. huhuhu

yg x bestnya kat umra sbb dia xda sediakan makanan.. adalah nurse tu dtg offer belikan makanan. tp dia kata bukan makanan pantang pon. beli kat kedai tepi tu jelah kot. baik xyah. apa salahnya amek catering ke.  ward selalu penuh kot. akak cleaner kat situ sempat bergosip ngan aku.. dia terkejut sbb bilik aku dok tu dia baru kemas sebelum dia balik. paginya datang dah ada org masuk.. aku ler tu.. dia kata kaya diorang tu orang datang beranak tak putus2.. huhuhu

kalau nak buat checkup pon bercinta tunggu lama.. dah mcm gi KK je.. mmg aku gi KK je bawak anak aku checkup semua. lagi cepat kot kat KK seksyen 19 tu.. kerusi pon banyak boleh duduk. so far ok laaa.. free je pon.. Lais dulu pon free je cucuk semua walaupon x gi KK. sbb insurance husband aku cover. kali ni saja la nak test checkup kat KK plak

kalau korang nak bersalin kat UMRA rasanya ok je. kat situ pon semua nya pakar. doctor pon baik2. kecuali ada sorang doctor foreigner nama Iman kot.. entah. cam harem jee.. yg lain semua so far baik2 je.
masa aku check up dgn dr. Ummu tu dia kata jumpa lagi untuk anak ketiga. aku gelak je dalam hati I DONT THINK SO! hahaha

oh yaa aku x inroduce lagi anak aku.. nanti lah. anak aku dah nak masuk 2 bulan dah.. nanti aku buat entri khas untuk anak kedua aku. bila xtau la. cuba merajin kan diri utk selalu update blog

bersalin di UMRA Yay or Nay??? jawapan aku Yay! tapi untuk korang yg x cerewet dan jenis x kesah sgt oklah kut. asal selamat beranak n nak cepat balik je. sbb servis mmg dorang kena perbaiki lagi. and besarkan lagi hospital dorang tu. tapi harga dah naik. last time aku kena rm1200 lebey je.. skang dah rm2000. jarak masa 3 tahun lebey je pon.. huhuhu

oklah thank u sebab sudi baca dan thank u for your time. jumpa lagi!

Monday, March 31, 2014

Cerita pantang saya

Hai salam semua,

Takda angin takda berita tau2 dah tengah berpantang. Ya aku mmg agak berahsia tentang 2nd pregnancy aku tempohari. Ramai juga kwn2 yg xtau aku pregnant. Aku malas nak overexcited.. yelah anak kedua. Kalau anak 1st haruslah excited x hengat. Sikit2 up status fb.. skit2 up gambo kat ig.. kali ni aku memilih jalan bersederhana.. hehehe

Masuk hari ni dah 16 hari aku berpantang. Kali ni aku berpantang dgn mak mertua aku. Cool kan?? Sbb aku nak dekat ngan husband. At least husband aku leh tolong2 jugak. Kalau aku pantang kt cheras mau terkapai2 jugak aku. Nak jaga sekali 2 org. Yg sorang nak tido berdukung, yg sorang nak tido gentel rambut aku.. aihhhh mau nya tak stress.. huhu

So far berpantang dgn mak mertua aku best je.. dia pon xde strict sgt. Cuma bab makan dia jaga juga lah. Xde la aku makan sebarangan. Selalu peringatkan pakai bengkung. Seb baik aku mmg rajin pakai bengkung ikat2 tu. Dah 2 minggu ni perut aku dah slim skit laaa.. cuma nak kena trim sikit lagi sbb kalau duduk still ada spare tyre. Aku nak flat tummy mcm dulu balik!

Untuk berpantang ni aku xda beli set bersalin. Aku beli loose item. Sbb aku kenal sgt diri sendiri ni yg x berapa nak rajin + mengikut pengalaman lalu... jadi aku beli yg aku nak pakai je.. yg aku rasa aku x kan pakai aku x de beli.
Jamu aku cuma beli Jamu Mak Dara Gold (kapsul) je. Xyah la berjamu byk2 kan..
Untuk milk booster konon2nya aku beli shaklee Esp dengan Alfalfa.. aku pon x berapa nak sure betul2 bagi byk susu ke tak..

3 benda ni jelah yg aku consumed tapi skang ni aku stop semua. Sbb kuning anak aku x baik lagi. Jadi aku terpaksa korbankan diri sendiri. Xpelah janji anak kita sehat kan. Anak sehat, kita pon sehat. Tu ler konsepnya.. huhu

Skang ni aku cuma gunakan ubat untuk luaran saja. Hanya pakai lotion tapel, param & pilis dari Sariayu. Nanti aku buat review psl set sari ayu ni. Selain dari lotion sari ayu, aku ada guna jugak minyak herbanika NR dgn param pilis mak dara. Minyak herbanika NR mmg best gilos. Panas je badan bila lepas sapu. Mmg syiok. Param pilis mak dara tu x best langsung. Tak panas pon. Mcm bedak sejuk je. Sebenarnya yg ni husband aku salah beli. Aku soh dia beli lotion pilis mak dara. Tapi dia gi beli yg ala2 bedak sejuk ni. Soh orang laki beli gitu la.

sebulan je aku berpantang ngan mak mertua aku. pastu aku pantang sendiri je. klu dah pantang sendiri tu pepaham jelahhhh hehehehe

Thursday, January 16, 2014

Goodbye Erna

Malam tadi baru lepas hantar adik ipar dan biras aku ke KLIA. Aku pon xtau dorang bertolak malam semalam. Cam emergency flying pulak.. huhu dpt visa siang.. beli tiket flight malam terus terbang.. fuhhh dh mcm cita movie plakk.. tp tulah kebenarannya..

Adik ipar aku ni sambung master kat Glasgow.  Husband dia ikut skali. Opkos laa kena ikut takkan tinggai plak.. baru kawen 5 bulan.. hehehe dorang pegi setahun je... jap je x lama.. masa hantar tu xde rasa sedih sgt sbb dorg gi berdua.. so ada org jaga n tgk2 kan.. time erna nak fly ke newcastle sorang2 4thn sudah.. mmg banjir teruk semua org.. berdua lebih baik bak nyanyian acha sepiatrasa.. huhu

I so jelly with u ok enaa.. untung sgt dpt merantau negara org.. respect n salute dgn erna ni sbb dia berhati dan jiwa kental.. padahal dia sorang je pompuan dlm siblings.. yg laki semua dlm hati ada taman.. x kuasa aku melayan jenis org x adventure.. jenis yg suka duduk dlm comfort zone.. padahal bkn comfort mana pon.. fefeeling comfort sendiri.. ntah pape ntahhh.. suka naw duduk dlm tempurung sendiri..

Aku rasa zaman skang ni lelaki semua lembik2.. pompuan yg lebih fighter kata org.. harap anak2 laki aku nnt jenis yg kental n adventurous.. xyah la nak kepit ketiak aku sgt.. jalani la hidup masing2.. sudahnya nanti akan kembali juga sorang2.. apa nak takut atau risau klu duduk sorang2 kan..

Apa pon aku doakan semoga adik ipar & biras aku bahagia di sana. Jaga diri baik2 dan aman2 la kat sana.. enjoy and have fun living there :) eh betul ke aku tulis ni.. nak bajet tulis omputih la mentang2 dorg nak duduk sana.. huhu

Kalau ada duit bocor insyaAllah akak iparmu ini akan pegi melawat korang ke sana.. dah la rate £ dah tinggi balik.. 5 lebih kan.. pastu kena plak kali ngan 4 kepala... hadoii nangis laa.. huhu

Pesanan kepada korang...sementara korang muda & single.. gi la merantau tgk negara org.. jgn nak dok celah ketiak mak bapak jee.. kalau masih berdua lagi pon ok lagii...sbb perbelanjaan masih darab 2 kepala.. kalau dah byk kepala nya.. haishhh.. unless la ada kebocoran duit masuk byk dlm mangkuk tangki korang.. haaa yg tu xpa..

Erna & ikhwan tolong la update gambo byk2 kat sana ye.. menambahkan lagi ke-jelly-an akak mu ini.. hehehe take care & love you guys ketat2! ♥

Wednesday, January 15, 2014

Tahun Baru 2014

Selamat tahun baru 2014! Hel*yeah dah 2 minggu masuk tahun baru baru nak wish yee.. org dah xsemangat dah.. azam tahun baru pon dah dilupakan.. huhuhu

Awal tahun ni tak segempak tahun awal tahun lepas. Tahun lepas rezeki duit aku mencurah2 bagai tangki syabas bocor. Utk awal tahun ni paip bagai ditutup ketat2 tapi masih ada kebocoran kecil.. hehehe

Apa pun aku tetap bersyukur walaupun kelat nak ku telan jebat.

Oh ya, InsyaAllah lagi sebulan setengah aku bakal menyambut anak kedua kami. Adik kepada Ahmad Lais.

5/1/14 hari tu aku selamat menerima anak buah girl dari adik dan adik ipar aku. Muka sebijik ikut baba dia iaitu adik aku tu.

Tak lama lagi adik ipar aku iaitu adik kepada suami aku akan menyambung pelajaran ke peringkat Master di glasgow. Maybe dalam minggu ni la kot dia akan fly ke sana dgn husband beliau..best kannn..

Aku plak sedang pening nak kena kemas brg pindah rumah. Di saat2 menunggu masa ni pon nak kena pk psl pindah.. haih la nasib

Aku bkn nak merungut atau apa. Semua org ada masalah masing2. Semua org ada kebaikkan dan keistimewaan masing2.

Taktau lah setakat mana keikhlasan aku utk terus bersyukur dalam keadaan yg terus menerus dihimpit disepit dan tersepit.

Sangat susah tau tak utk kita terima keadaan yg kita x suka, xpernah mintak dan x pernah harap terjadi dalam hidup kita.

Bak kata org langit tidak sentiasa cerah. Tapi kita kena ingat langit juga tak selalu mendung dan awan juga tidak sentiasa menurunkan hujan..kadang2 langit akan munculkan pelangi ♥

Takpelah baru 2 minggu pertama di awal tahun.. ada banyak minggu lagi yg nak ditempuh. Aku doakan segala yg terbaik untuk diri aku, keluarga aku, dan juga mukminin dan mukminat. Aku harap yg terbaik tu benar2 perkara yg baik untuk kita semua. Ameen Ya Rabbal Al-amin