Pages

Happy Heart > Happy Soul > Happy Mind > Happy Love > Happy Life

Thursday, November 20, 2014

Happy 4th Birthday Ahmad Lais

Yeahhh.. Seperti yang telah aku jangkakan dari tahun lepas.. Tahun ni lais akan potong kek 4 kali sempena birthday yg ke 4! Giler marathon kek.. Huhu
Tapi birthday lais kami buat biasa2 je.. Takde la buat party. Sambut sesama kami je. Sbb lais suka birthday so ramai la yg sponsor dia kek. Just to make him happy  untung Lais tauu
1st potong kek kat sekolah dia. Teacher dia send gambo. Lais muka cuak jee.. Yelah 1st time sambut birthday ngn orang lain.. Huhu



Terkeluor lidah control nervous la tu.. Mesti org tgh nyanyi lagu birthday.. Dia xtau nak buat expression apa.. Huhu


Ni plak gambar lais dgn classmate dia.. Lais dok kat side budak notty2 je.. Huhuhu side belah sana nampak budak bebaik sikit..Huhu.. Budak lelaki kan biasa mmg notty2 tp dorang ni bijak2. lepas dari sambut birthday ni lais terus demam teruk seminggu
 tak pergi school and takdelah pegi masa last day..




Masa potong kek kedua ni lais dah mula demam so muka mcm x kuasa nak layan je. Tp sebenarnya dia excited sbb ada kak ameera ngan asyiqin dia. 



Beli kek ni pon psl dah janji kalau pegi klinik jumpa doctor mimi belikan kek. So mcm terpaksa jelah dia jumpa doctor. Aqib pon x sehat juga. Selsema dan batuk2. Kesian anak2 mimi





Kek ketiga disponsor oleh lola dia. Untung la lola syg dpt kek angry bird. Huhu kitorng mmg takda masak2 makan just tiup lilin potong kek je. Hanya nak bagi lais seronok. Mmg seronok laa asik tiup lilin je kan



Acum hadiahkan mainan spiderman.. Beli kat kedai biasa2 je.. Takpelah janji ada kann.. Janji ingat.. 





Last sekali atok sponsor kek angrybird lagi!  adoii muak asik kek angrybird je.. Huhuhu semua untuk Lais..



Umi takda bagi lais hadiah pon.. Sbb hari2 umi belikan lais mcm2 lais paw umi ngn walid kan.. Hehehe..
Umi syg lais sgt2.. Umi hanya mampu berikan kasih syg umi yang takda berbelah bagi kat lais.. Walaupun umi garang suka marah2.. Tp lais tau kan umi tak marah umi syg..
Umi syg sgt lais.. Umi syg sgt aqib.. Umi syg anak2 umi.. Umi minta maaf kalau selama ni umi tak menjaga lais & aqib dengan baik.. Umi minta maaf kalau umi marah2 sampai anak2 umi terasa dan berkecil hati dengan umi.. Umi minta maaf anak2 umi syg..
Semoga anak2 umi berjaya dengan cermelang dunia & akhirat. Umi sentiasa doakan kesenangan dan kebahagiaan anak2 umi. Semoga kita akan sentiasa bersama sehingga ke alam abadi. You two will always be my baby

Friday, November 14, 2014

My 2nd Son

Baru aku terperasan. Aku asik tulis pasal Lais je. Pasal Aqib xda. Nanti org kata aku bias. Hehehe aku syg anak2 aku sama rata. Kena marah jerit pon dua2 kena gak. Nasib la kome dpt mak garang

IMG_0025.JPG

Ok ini dia Ahmad Aqib Arrasyid. My 2nd son. Ya memang tak sama muka mcm abang dia. Aqib berkulit gelap. Muka agak gangster & garang. Agak serious orangnya. Jarang senyum. Tapi sekali senyum comel je. Aqib ni aku rasa x berapa nak comel. Tp dia hensem.

IMG_0042.JPG

Apa yg aku perasan dia ni mcm pemalu sikit org nya. Kalau org usik2 dia senyum pastu tunduk pandang bawah. Malu la pulok.

IMG_0066.JPG

Sweet kan dua beradik ni. Aku rasa dorang akan jadi sangat rapat bila besar nanti. Sekarang ni pon aku nampak yg Lais mmg syg kan adik dia. Walaupon dia suka kacau2 tu biasalah. Tali pusat diorang aku letakkan sekali dalam satu uncang.
Mula2 aku genggan dua2 tali pusat dorang pastu aku baca Al-Fatihah. Kalau korang buat, mesti korang akan rasa getaran/vibration/energy yg kuat.
Lepas tu aku berniat. Aku tak ingat exactly apa yg aku niatkan. Tapi aku mohon pada Allah supaya mereka dua beradik ni akan rapat, baik, sayang menyayangi dan jaga antara satu sama lain. Lebih kurang mcm tu la. Pastu aku letakkan dua2 tali pusat tu dlm satu uncang dan kemudian simpan. Tp skang aku pon x igt kat mana aku simpan uncang tu.. Hehehe
Cerita pasal tali pusat.. Alhamdulillah yg best nya dua2 anak aku walid dia yg potongkan tali pusat dorang masa baru lepas lahir. Ala2 rasmi potong reben la.. Hehehe taktau kat hospital lain tapi anak aku dua2 lahir kat Hospital UMRA. Dorang mmg practise benda tu kot.

IMG_0310.JPG

Aqib baru nak masuk 9 bulan so takda benda sgt nak cerita pasal dia. Setakat ni dia dah praktis berdiri lepas tangan nak kuat kan kaki. Sikit lagi berjalan la budak tu. Tapi gigi takdak tumbuh lagi.


IMG_0237.JPG

Ni gambar Aqib dgn Hasya sepupu dorang. Tengok kemain sengih lagi aqib bila main sesama. Aqib ni bkn senang nak senyum.

IMG_0329.JPG

Ada yg kata Aqib ni ikut muka aku. Ada gak yg kata ikut muka walid. Kitorang pon confused sebenarnya anak2 kitorang ni ikut feature sapa. Sebab lain je rupanya dari kami. Tulah mak ayah x semenggah dpt anak hensem2. Bila jalan org dok pandang je. Dah la ada yg kata Lais tu anak angkat. Sentap mak meneran nak keluarkan dia.






Tak sabar pulak nak tunggu birhday aqib setahun bulan dua tahun depan. Besar dah anak2 umi.
Alfateh, Arrasyid, Alquddus, Assafa… Hehehe assafa tu yg tetiba masuk list.. Safra yg nak di Al kan jugak oleh Lais. Semua ada Al napa umi takde kan.. Tu yg jadi Assafa tu.. Boleh laaa janji masuk list.. Hehe
Sekian

Thursday, November 13, 2014

Lais Birthday - Preparation

Bersedialah utk makan cake secara marathon!! Bulan november adalah bulan paling banyak beli kek. Bukan ramai yg birthday bulan ni. Birthday Lais sorang je tapi celebrate nya berkali2.




Masa 1st birthday kek sebijik je. Lola buatkan kek special utk lais gambar angrybird.






2nd birthday dua kali tiup lilin makna kata 2 bijik kek lah. Satu kek tiup kat cheras. Satu lagi kat shah alam.




IMG_0416.JPG

3rd birthday 3 kali tiup lilin bersamaan 3 bijik kek semua utk dia saja. 1 kek tiup umah lola. 1 kek tiup umah atok btr. 1 kek lagi tiup rumah shah alam.
Ni 4th birthday tak tau lah berapa byk kek dia. Takkan 4 bijik pulak?! Pengsan!
Tadi dah beli sebijik kek angrybird nak hantar gi sekolah celebrate dengan kawan2 esok. Wah 1st time anak mimi nak celebrate birthday sendiri dgn kawan-kawan. Why do u grow up so fast
Actually kat sekolah dia ada deepavali dgn children’s day celebration. Alang2 dah celebrate tu aku tanya la boleh ke nak bawak kek utk sambut birthday. Teacher kata boleh aku pon terus la roger walid dia. Balik kerja terus gi carik kek utk anak bujang yg sulung.
Siang tadi aku dah soping kat tesco utk buat party pack. Tak banyak pilihan so apa adanya jelah. Lagipon tak sempat nak prepare cantik2. Alah bebudak tu dpt je dikoyak kan je semua nak amek yg kat dalam tu.. Huhuhu alasan sebenarnya x sempat nak cari brg best2
Aku mmg ada plan nak sambut birthday lais kat sekolah. Tapi next week. Sbb birthday lais pon 20hb. Hari ni baru 14hb. Tu yg jadi mcm tangkap muat je.
Tapi lais nampak excited je nak pegi school jap lagi. Sbb aku dok ckp nnt makan dgn kawan2 kat school tau. Beli kek pon xde ngamok nak suruh potong sbb dah ckp nak bawak gi school.
Budak2 mmg azali nya seronok nak sambut birthday. Tak kira la birthday sapa pon mesti dorang cam happy n excited. Aku je kot yg x happy bila birthday sbb makin tua.. Sighhhh




Selekeh pulak rupa party pack ni.. Haha! Serious tu je yg termampu sbb mmg x sempat. Tadi pon kitorang ada kat butik sampai kol 12 malam. Sampai umah terus nak tidokan budak berdua ni. Mata pon dah berat.. Terima jelah hasil yg x seberapa. Next year umi buat cantik2 ye.. Hehe


Item dalam party pack tu semua pilihan lais lah. Aku nak amek yg lain, dia nak yg tu gak. Ikut la birthday dia kan.. Aku tukang bayo jee
Aku tak ingat la masa aku kecik2 dulu ada ke party pack ni semua.. Pernah ke aku sambut birthday kat sekolah..mcm x pernah jee.. Huhuhu.. Sebab aku tak merasa la aku nak anak aku merasa semuanya..
Harap2 esok teacher akan send gambar lais sambut birthday byk2.. Sedih pula rasanya sebab anak dah besar… Ni baru 4 tahun.. Nanti tau2 dah masuk sekolah rendah.. Pastu habis sekolah masuk universiti pulak.. Pastu kerja.. Pastu kawen.. Huwaaaaaa 
Sekian

Wednesday, November 12, 2014

First Family Potrait by Lais

Bagi other parents takat anak lukis org lidi tu apa yg nak kecoh sgt kan.. But for me and husband, ini adalah sejarah!
Sebagai ibu bapa kepada generasi anak versi ipad ni.. Mmg byk masalah skill development anak2 yg kami hadapi.. Igtkan dah bagi anak ipad mahal2 dah cukup bagus.. Rupanya x bagus. Ada pros & cons. Nanti aku akan ulas di entry lain.
IMG_0256.JPG
IMG_0260.JPG
Memula masa dia tunjuk dia lukis ni aku igt dia lukis gambo pokok bunga. I was like…
Umi : Good job abang lukis flower
Lais : eh bukan flower la. Mimi
Umi : Mimi ke ni? Ok cantik pandai abang lukis.. *pasrah*
Pastu dia terus sambung lukis walid, adik dan gambar dia. Walaupon x berupa sgt tapi rasa happy tgk usaha dia. Ni semua lepas hantar dia trial class kat satu sekolah dekat2 rumah ni. Baru satu kali pergi sekolah balik dah nak melukis.
Kalau tak dulu harem Nak pegang pensil ke apa asik melekat ngan ipad. Bagus jugak lah ipad dia tu dah rosak. Its just about time. Aku pon taknak repair dan xde rasa nak belikan baru.
IMG_0263.JPG
IMG_0266.JPG
Terharu sgt lais lukis gamba mimi walaupon serupa pokok bunga. Takpelah janji dah nampak perubahan dan kerajinan tu. Lepas ni kena teruskan usaha mengajar dan melatih lais ni kalau nak hantar sekolah tu next year. All the best utk lais!!