Pages

Happy Heart > Happy Soul > Happy Mind > Happy Love > Happy Life

Monday, October 14, 2013

Nak Bersalin Di Mana?

Siapa kata 1st time pregger saja yg pening kepala nak fikir nak bersalin kat mana??
Aku yg 2nd time ni pon dah pening dah mana lah nak pegi nanti ni?

Aku  kalau boleh nak elakkan deliver baby kat hospital kerajaan.. bukan sebab aku eksyen ke.. demand ke.. high class sgt ke.. bukan bukan bukan.. aku tak sanggup jadi mangsa uji kaji doktor2 pelatih kat sana tu
kot2 kena masa time aku serah diri tu memang time dorang tu tengah duty ke kan.. aku just tak boleh bayangkan dan takkan benarkan diri aku ni digodek-godek.. so kalau boleh elak memang aku elak seelaknya.

unless, masa hari kejadian tu cuma hospital kerajaan je yg ada.. takda dah hospital lain time tu.. so nak taknak kena kesitu jugak.. atau aku kena emergency czer ke.. taknak la plak aku sanggup berabis beribu2 berbelas ribu hanya untuk itu kan.. unless la suami aku memang kaya raya.. xdehal punya
untuk taknak menyusahkan dia dan ahli keluarga yg lain.. aku sanggup la kena transfer ke hospital government.. cuma dorang la sanggup ke bila time aku nak beranak tu tiba2 suruh aku pergi tempat lain.. of course la dorang risau kat aku & baby kan.. confirm suruh proceed je.. huhuhu sayang gak dorang kat aku =P

tapi aku yakin insyaAllah untuk 2nd baby ni aku akan lahirkan dia ikut pintu gak.. hehehe walaupon mungkin kena guna alatan bantuan untuk bersalin ke kan.. aku x kesah janji jgn la potong perut aku yg comel ni.. masa lahirkan Lais dulu aku kena Vacuum pasal aku tak boleh push.. aku tak reti dan tak larat nak push kuat2.. antara sebabnya adalah aku tak merasakan sakit nak bersalin tu.. tak amek gas, tak amek epidural mahupun ubat tahan sakit. contraction tu pon aku rasa cam biasa2 aja. pastu takda rasa macam benda nak keluar.. yelah orang kata kan teran cam nak beri tu kan... entahlah masa tu aku x reti plak nak meneran
tapi takpa skang aku dah praktis meneran.. haha

Ok lokasi nak bersalin kali ini pastilah di Shah Alam jugak lagi..dah sebab aku duduk sini kan.. lain lah kalau aku time tu kat cheras ke.. kalau rasa dah nak terkeluar sangat2 tak boleh tahan lagi aku kena pegi HUKM atau Hospital Serdang la kut.. tapi aku prefer anak aku ni lahir dekat2 sini saja. memang kat Shah alam ni banyak je tempat nak bersalin.. seharusnya takyah nak pening sangat.. tapi hospital kerajaan shah alam tak siap lagi.. hehehe


Antara faktor-faktor penting yang aku utama kan :
1) Gynae/Doctor wajib Perempuan dan Islam sahaja.
2) Nurse semua perempuan dan Islam juga
3) Hospital / Klinik Bersalin Islam

Faktor2 penting lain
1) Caj yang tidak melampau mahal
2) Hospital sediakan makanan (sedap! haha)
3) Jalan tak jem nak ke hospital

Faktor yang  kurang pentingkan

1) Bilik - off course semua orang nak single room sebab nak suami teman sama kan. masa aku bersalin Lais dulu duduk bilik double tapi memang takda orang lain. sebab hari tu pon ada 2 org je yg bersalin. so banyak je bilik lain kan buat apa nak sharing2. aku tak request pon nak bilik apa semua. dorang pon tak tanya

disebabkan pengalaman lalu, aku rasa tak perlu lah nak single room. suami aku tak teman pon x apa lah mcm takda fungsi je.. hehehe sebab nya aku bersalin petang. keluar dari labor room dalam kol 8. pastu laki aku kena keluar gi beli makanan sebab tempat tu tak provide meal. pastu dia balik rumah hantar uri dan ambil baju nak tido teman aku la. dia tido lena. aku tak leh tido. bukan patut nya dia teman aku? maknanya aku takleh tido dia teman la aku kan.. tapi ni aku tengok dia tido kat katil sebelah.. pastu awal2 pagi dah chow balik sebab nak uruskan uri pulak. terkontang kanting gak aku kat situ sorang2 takda orang teman. pastu tunggu lama baru dia datang untuk bawak balik aku ngan baby. jadi kali ni aku tak kesah la bilik berapa orang dah, janji aku tak rasa sengsorang. ada kawan borak2 satu ward pon ok gak kan.. hehe


Antara senarai pendek yang aku dah fikirkan

1) KPJ Selangor (Seksyen 20, Shah Alam)

Pakej Bersalin normal (2 hari 1 Malam)

4 Katil - RM 1,399.00
Bilik 2 Katil - RM 1,799.00
Bilik Single - RM 2,299.00

Pakej bersalin termasuk:
Perunding Ward Round
Perkhidmatan Pediatrik - Pemeriksaan bayi baru lahir
Pemeriksaan Asas untk bayi (G6PD, ABO / RH / TSH)
Vaksinasi (BCG + Hepatitis B - dos pertama sahaja)
Suntikan (vitamin K)
Kaunseling untuk penyusuan
Makan untuk pesakit

Terma & Syarat:
Pakej in hanya daripada hari bersalin dan tertakluk kepada katil yang masih available.
Kegunaan tambahan yang digunakan akan dikenakan caj.
Makan tengahari tidak akan disediakan pada hari anda discharge.
Kadar Pakej tidak termasuk cukai jualan kerajaan.

Caj tambahan:
Forcep Delivery - RM 350.00
Vacuum Delivery - RM 350.00
Epidural
~~~~~~~~~~~~~~~~
Hospital ni memang dekat je ngan umah aku skang. hospital ni gak memang hospital favourite abah aku, abah mertua aku dan suami aku. selalu admitted kat situ. huhuhu

kalau ikut pakej dia tu aku rasa harga nya memang oklah. Rasa kuat jugak nak pegi ke sana je untuk deliver nanti. cuma aku kena pastikan yang doc2 kat situ tak paksa atau buat sampai kena czer. tu yg aku takut kalau hospital swasta ni sebab ikut review cam ramai je yang dah kena ngan KPJ. on purposely ke atau betul2 emergency ke kan.. so aku kena fikir2kan lagi dan maybe gi sana untuk bertanya2 keadaan

2) Klinik Bersalin Annur (Seksyen 6, Shah Alam)

BIL PEMBIAYAAN UNTUK KES BERSALIN:

Menyambut bersalin normal RM500.00
Forcep / Vacuum RM100.00
Episiotomy / Stitch RM90.00 ++
Drip RM45.00++
Ujian Makmal RM25.00++
Penginapan RM70.00 - RM120.00
Penjagaan bayi & imunisasi RM150.00++

*Tambahan RM50.00 bagi

Anak pertama
Sekiranya tiada tempahan
Kandungan ke 6 dan seterusnya
Lain-lain kes berisiko tinggi
~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau tak silap kat sini fully operated by Muslimah jadi agak menepati kriteria aku nak doc & nurse perempuan islam. tapi aku akan pergi tanya dulu nanti macamana. ada review tulis nampak macam bangunan usang. so cam takut la pulak kan.. huhuhu apa2 pon pergi tengok dan tanya dulu

3) Hospital UMRA (Sekyen 13, Shah Alam)


Pakej Bersalin UMRA

1) Delivery Package
- Starting from RM1,399
- Inclusive of
* Normal Delivery Procedures
* Ward Rounds
* Paediatrician Services including Newborn Screening
* Nursery Charges
* Routine Discharge Medication

~~~~~~~~~~~~~~~~

Last time memang bersalin kat UMRA tapi taktau lah nak dtg sini lagi ke tak.. sebab pengalaman lalu kurang best sikit la.. KIV dulu la.. hehehe


4) Darul Ehsan Medical Centre (DEMC - Seksyen 14, Shah Alam)

Takda pakej tapi ikut review kata starts from RM2500 untuk normal delivery and rata2 akan dpt bil dalam RM3200 mcm tulah which is out of my budget

5) SALAM Shah Alam Specialist Hospital (Seksyen 19, Shah Alam)

Pakej Bersalin di SALAM

Normal Delivery

RM 1999.00


The package includes:
• Normal delivery without complication
• Consultation (O&G and Paeds)
• 2 Days 1 Night stay
• Room & Board (single/Double bed)
• Baby immunization
(BCG, Hepatitis B & Vitamin K)
• Meals
*inclusive 6% government tax

Excluding:
• Include, Forceps/Vacuum, Epidural
• Complication

Terms and Conditions:
• Deposit of RM 1000 required

No comments: